Catatan Popular

Rabu, 25 Julai 2012

KEGANASAN BERSIH3.0 BAKAL BERULANG MENURUT MAT SABU DI HARAKAH DAILY



KUALA LUMPUR: Lebih banyak demonstrasi mungkin diadakan sehinggalah rakyat Selangor diselamatkan dari perjanjian konsesi air yang menindas mereka, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. 

Mohamad tidak menolak berlaku perhimpunan raksasa seperti perhimpunan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil seperti yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).- Harakahdaily

PAS TIDAK SEPATUTNYA MENJUAL NAMA AGAMA



Adakah dalam kitab2 Islam yang mengatakan apabila kita masuk Pas dijanjikan syurga.. mana ada jika bekerjasama dgn bukan Islam itu kafir.. mana ada kalau tak buat hudud ala Pas UMNO munafik.. itu semua berpunca drpd pemimpin2 Pas sejak amanat hadi disetiap ceramah2 politik Pas.. oleh itu respon pihak UMNO mestilah mempertahankan kedudukan sebab sejak dulu lagi UMNO melalui pemimpin2 terdahulu telah berbincang dgn ulama'2 Islam di Malaysia dan ulama' satu dunia dlm membentuk pemerintahan di Malaysia.. beri lesen arak atau judi bukan bermakna UMNO kafir kerana itu adalah keadilan kepada bukan Islam.. dan kerajaan UMNO dan BN tidak membenarkan samasekali penglibatan umat Islam diMalaysia utk terlibat dgn perjudian atau minum arak.. siapa yg tertangkap akan dihukum.. dan siapa yg tidak ditangkap, Allah akan hukum.. itu haq yg jelas dlm Islam.. kerajaan UMNO tidak mengamalkan dasar undang2 Islam yg keras 100% bukan bermakna UMNO membela kemaksiatan.. cuma kerajaan yg saya lihat lebih gemar memberi peluang utk pesalah utk kembali ke landasan sebenar melalui khidmat2 nasihat drpd jabatan agama Islam negeri atau Pusat.. cuma dgn halusnya Pas telah menghasut ramai kakitangan jabatan agama Islam utk tidak menjalankan tugas sebenar tapi lebih tumpu kepada urusan yg bukan utama.. soal agama Islam tertakluk kepada Raja2 Melayu yg mendapat rujukan drpd ulama'2 yg diiktiraf cuma Pas hendak merebut kuasa ulama'2 yg diikitraf dengan mengecam dan menghina ulama'2 yg diitiraf.. kalau ramai sgt org nak berebut tugas ulama'2, jadi kumpulan mana yg harus dijadikan panduan oleh umat Islam di Malaysia.. itu sebab UMNO terpaksa mempertahankan maruah ahli2 UMNO yg dicemuh dan dihina oleh Pas.. jika Pas tidak mula mengkafirkan UMNO, maruah Islam tidak tercalar.. kerana apabila sesama Islam mengkafirkan sesama sendiri, secara langsung bangsa lain akan lihat kedudukan Islam itu tidak lagi suci.. UMNO marah kerana Pas menggunakan Islam utk menang politik,. walhal politik adalah soal cabang dalam Islam.. dan sebagai umat Islam yg berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah, kesucian Islam wajib dipelihara oleh semua pihak tak kira Pas atau UMNO atau Pkr.. dalam masjid byk bukti Pas menggunakan mimbar utk menghina UMNO tapi atas dasar menjaga kesucian agama Islam, UMNO tidak pulak menggunakan masjid walaupun UMNO mampu dan UMNOlah yg membangunkan 6400 masjid di seluruh negara termasuk surau2.. tapi kerana Islam tidak benarkan masjid dipolitikkan maka UMNO terpaksa bertahan dan hanya melihat Pas dgn sewenang2nya menggunakan masjid utk politik.. sedangkan itu rumah Allah.. rumah Allah adalah tempat dimana kita solat jemaah dan mengAgungkan Yang Esa bukannya tempat mencaci dan menghina umat Islam lain.. sesat atau kafir atau kufur atau munafik itu urusan Allah s.w.t, siapa kita nak lawan ketentuan Allah s.w.t.. sebagai umat Islam kita sebenar mempunyai sifat ehsan dan saling nasihat-menasihati dan dengan adab yg ditinggalkan Rasulullah s.a.w.. berperang sesama Islam pun dah dikira salah dan haram di sisi Islam tapi kenapa amanat hadi menggunakan jihad berperang sesama Islam.. tak salah ke tu.. sehingga berlaku peristiwa hitam di Memali dan sehingga yg terbaru rusuhan bersih 3.0.. majoriti yg hadir rusuhan itu umat Islam dan apabila bangsa lain lihat dalam seperti umat Islam lebih suka selesaikan dgn cara pengganas dan bukan memilih jalan yg lebih beradab dgn menggunakan pilihanraya sebagai cara memilih kerajaan.. jgn dgr ckp ambiga yg laknat tu.. sistem pilihanraya kita masih selamat, kalau tak mcm mana Kelantan sejak lebih 20 tahun dikuasai Pas.. kalau UMNO menzalimi sistem pilihanraya, mesti UMNO gunakan cara zalim itu utk menang Kelantan tapi kenapa Pas masih menguasai Kelantan.. termasuklah Kedah, Penang, Selangor dan Perak.. cuma diPerak kerajaan Nizar Pas itu telah memberi geran tanah kepada bukan Islam selama 999 tahun, dengan kesedaran itulah 4 ketua bahagian telah sedar dan keluar pakatan kerana pakatan rakyat diterajui Pas Perak telah melanggar Perlembagaan Negara dimana Tanah Melayu ini hanya boleh milik org Melayu walaupun 50% tanah negara diberi keistimewaan kepada bukan Melayu utk mereka majukan tapi bukan boleh menjadi hak mutlak bukan Melayu.. cuba kita lihat dalam negara2 bukan Islam yg lain, ada tak mereka bagi keistimewaan kepada rakyat minoriti seperti Malaysia.. tiada.. cuma masalahnya dlm byk2 parti bukan Melayu di Malaysia, Dap adalah barah dalam keharmonian dan kemakmuran Malaysia.. sejak drpd tekanan PAP utk menguasai Singapura melalui pilihanraya seterusnya kejadian 13hb Mei 1969 termasuklah isu2 Felda, Lynas, kuota penuntut UITM dan byk lagi isu dimana Dap pandai menggunakan org Melayu utk membuat umat Melayu saling berpecah-belah.. ini tidak berlaku dalam parti MCA. MIC, PPP, Gerakan dan lain dimana parti2 ini akur dgn perlembagaan negara.. walaupun bukan Islam menguasai ekonomi Malaysia namun parti2 sekutu BN tidak sama sekali akan melanggar perlembagaan negara tapi dalam Dap terang2 mereka melanggar dan mengikut laporan memang wujud kerjasama tersembunyi di antara Dap dan Pap (Singapura).. ini jelas.. mengapa Pas memilih Dap ??

Selasa, 24 Julai 2012

BAGAI MANAKAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA DICIPTA

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran).

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

Struktur Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama:

1. Yang Di-Pertuan Agong

2. Dewan Negara

3. Dewan Rakyat

Berikutan pilihan raya umum yang pertama selepas negara mencapai kemerdekaan, Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Pertama Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Pada tarikh tersebut, Dewan Negara dan Dewan Rakyat buat julung-julung kalinya bersidang serentak di Dewan Tunku Abdul Rahman. Aturan Urusan Mesyuarat yang pertama ialah pemilihan Yang Di-Pertua bagi kedua-dua Dewan tersebut. Ini diikuti oleh majlis mengangkat sumpah oleh kesemua 38 Ahli Dewan Negara dan 104 Ahli Dewan Rakyat.

Pada 16 September 1963, Malaysia telah terbentuk apabila Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi sebahagian daripadanya. Berikutan itu, nama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah bertukar kepada Parlimen Malaysia. Tarikh tersebut juga mencatat satu lagi sejarah penting apabila persidangan Parlimen diadakan di bangunan baharunya sendiri yang tersergam indah dalam kawasan Taman Tasik Perdana dengan keluasan 16.2 hektar.

Kini, keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 ahli bagi Dewan Negara dan 222 ahli bagi Dewan Rakyat. Parlimen Malaysia akan terus menjadi institusi yang dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia dan akan terus menjadi lambang demokrasi berparlimen negara untuk selama-lamanya.

MEMBENCI SAMBUTAN MAULIDURRASUL AMALAN YG WAJIH KITA TENTRNG










ASTAGHFIRULLAHAL AZIM......Nik Aziz nik Mat (MB Kelantan)yang sering mengeluarkan kenyataan seolah-oleh membenci Sambutan Maulidurrasul.Nik Aziz juga menyampaikan kuliahnya dengan mengatakan "istiwa" itu bererti Allah itu duduk selendik di Arasy.Selain itu Nik Aziz juga beraqidah bahawa Pengajian Sifat 20 adalah campuran dari fahaman Yunan & Greek dan bukannya dari Islam 100 peratus.Begitu juga dengan kenyataan dari Nik Aziz yang dipetik dari akhbar Harakah yang menganggap amalan bertahlil adalah meniru perbuatan golongan jahiliyyah.Selain itu Nik Aziz juga menganggap kelahiran Nabi Muhammad s.a.w adalah sama dan tidak ada bezanya dengan kelahiran kanak-kanak yang lain, tiada keistimewaannya.Selain Nik Aziz Nik Mat, Hadi Awang juga bersifat pelampau dengan mengeluarkan "Amanat Hj Hadi" yang mengkafirkan mereka yang tidak mengikut fahaman parti mereka.Hadi Awang juga mengeluarkan kenyataan bahawa umat Islam tidak dituntut untuk menyambut Maulidurrasul kerana tiada dalil atau keterangan hadis untuk berbuat demikian.Sungguh agak pahit untuk menyebut nama tokoh-tokoh ini tetapi demi kebenaran tanpa dipengaruhi oleh mana-mana fahaman politik, maka WAJIB bagi kita menyatakannya agar umat Islam tidak ditipu dengan ke'aliman mereka ini tetapi membawa fahaman yang cukup membahayakan umat Islam.
Nik Aziz bukanlah berkelulusan Ugama apabila beliau tamat belajar di Mesir. Kerana jika berkelulusan Ugama sudah pasti tamat sahaja Nik Aziz belajar maka jawatan yang beliau akan pegang didalam bidang tugasnya adalah Mufti ataupun yang sealiran dengannya dalam bab Ugama Islam.Kerana bukan dari kelayakkan nya dalam Ugama Islam lah Nik Aziz menjawat jawatan sebagai Pegawai KEMAS.

Itu merupakan satu fakta yang cukup jelas menjelaskan dimana Level nya Nik Aziz Nik Mat MB Kelantan ini. Beliau bukanlah Ulamak tetapi sama seperti pemain catur politik yang lain yang merebut kepentingan Kuasa, Harta dan Jawatan dalam pentas politik.

Nik Aziz sama seperti pemimpin parti politik lain sama ada UMNO, PKR ataupun mana mana parti sekalipun namun yang membezakan Nik Aziz ini adalah ilmu DOKTRIN yang ada pada beliau sehingga berjaya menggangkat beliau seperti Nabi yang suci murni lagi 

JAUHI SYAITAN


Iblis menjawab, demi kekuasaan Engkau, aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka." (Shaad: 82-83)

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas". (Al Hijr: 39–40)

Di dalam Mikhtashar Minhaj al Qosidhin disebut satu riwayat sebuah kisah, ada satu pokok yang sering disembah oleh penduduk kampung. Maka ada seorang lelaki mengatakan,”Aku akan tebang pokok itu yang telah menyebabkan ramai manusia menjadi syirik”. Lelaki itu pun mengambil kapak dan pergi ke pokok tersebut untuk menebangnya.

Syaitan yang menyerupai manusia menunggu di pokok itu dan berkata,”Apa yang kau ingin lakukan ?" Lelaki itu menjawab,’Aku ingin tebang pokok ini. Ramai telah syirik kerana menyembah pokok ini". Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini". Lalu terjadilah pergelutan dan lelaki itu berjaya mencekik syaitan yang menyerupai manusia itu. Syaitan berkata, "Aku mengaku kalah dan kau boleh tebang pokok ini. Tetapi dengar dulu cadangan aku. Kau tidak akan dapat apa-apa faedah pun jika kau tebang pokok ini. Orang kampung akan cari pokok lain untuk mereka sembah. Jika kau setuju untuk tidak tebang pokok ini, aku akan berikan dua dinar di bawah bantal kau pada setiap pagi." Lelaki itu bersetuju dengan tawaran tersebut.

Pada keesokan harinya dia mendapati ada dua dinar dari bawah bantalnya. Kemudian pada esok harinya lagi dia tengok tidak ada dua dinar seperti yang dijanjikan. Lelaki itu merasa marah lalu mengambil kapak dan pergi untuk tebang pokok itu. Setiba di pokok itu, syaitan telah sedia menunggu. ”Apa yang kau ingin lakukan ?". Lelaki itu menjawab,’Aku nak tebang pokok ini. Hari ini tidak ada 2 dinar seperti yang kau janjikan. Kau telah tipu aku". Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk tebang pokok ini".

Lalu terjadilah pergelutan dan kali ini lelaki itu kalah, syaitan telah berjaya mencekik lelaki itu" Syaitan berkata,”Tahukah kamu siapa aku?" Syaitan memberitahu dia sebenarnya adalah syaitan". Lelaki itu bertanya, mengapa hari itu aku dapat kalahkan kau tetapi kali ini aku tidak dapat kalahkan kau?" Syaitan menjawab, "Kali pertama kau datang, niat kau ikhlas semata-mata kerana Allah sehingga aku tidak berdaya mengalahkan kau. Tetapi kali ini kau datang kerana kau marah tidak dapat dua dinar dan apabila kau tidak ikhlas kerana Allah maka aku berjaya mengalahkan kau".

PESANAN PADA ORG YG BERTELAGAH SESAMA ISLAM DALAM POLITIK



SABDA NABI SAW YANG BERMAKSUD : "HENDAKLAH KAMU BERTAQWA KEPADA ALLAH,JIKA ADA SESEORANG MEMALUKAN ENGKAU DGN SESUATU YANG MEMANG ADA PADA ENGKAU (KEBURUKAN YANG ENGKAU LAKUKAN ) ,,MAKA JANGANLAH ENGKAU BERTINDAK BALAS MEMALUKANNYA PULA DGN MENDEDAHKAN SESUATU (KEBURUKAN ATAU KEJAHATAN) YANG ADA PADANYA. KERANA (JIKA KAMU SABAR) KAMU AKAN MEMPEROLEHI PAHALA (CACIANNYA ) DAN IA MEMPEROLEHI CELAKA (DOSA) .JANGANLAH KAMU MEMAKI SESUATU..... ( IMAM AHMAD TARMIZI )..

SABDA NABI LAGI :......." JIKA ADA DUA ORANG SERING MENCACI-MAKI DIANTARA MASING-MASING,MAKA KEDUA-DUANYA ADALAH SYITAN YANG MENYALAK-NYALAK DAN MEMBUAT KEKACAUAN. " ( IHYA` ULUMUDDIN OLEH IMAM GHAZALI ..