Catatan Popular

Khamis, 19 September 2013

PEMBOHONGAN KELUARGA LIM MEMPERTAHANKAN KUASA DALAM DAP


Seperti yang saya tuliskan semalam, hari ini saya kembali dengan kisah penipuan Dinasti Lim dalam DAP. Mulai hari ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana Dinasti Lim memanipulasi perlembagaan DAP untuk memastikan mereka terus berkuasa.

Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.

Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan disnatinya terus berkuasa.

Parti DAP tidak mempunyai bahagian disetiap parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.

Cawangan-cawangan parti DAP pula dibahagikan kepada dua kumpulan.

i)              Cawangan sijil A
ii)             Cawangan sijil B

Penentuan samada sesebuah cawangan layak mendapat sijil A atau sijil B dibawah kuasa Setiausaha Agung.

Ahli-ahli cawangan sijil A layak untuk hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC.

Ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati sahaja dan TIDAK dibenarkan mengundi.

Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi. Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A.  Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya.

Cara kedua bagaimana Lim Kit Siang memanipulasi Perlembagaan DAP untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.

Perlembagaan DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Naib Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain. Mereka hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC.

Apabila keputusan 20 yang terpilih sebagai  anggota CEC diumumkan maka 20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk menentukan siapa yang dipilih sebagai Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung dan jawatan lain. Tidak ada undi sulit. Mereka diminta memilih secara terbuka di depan keluarga Lim. Apabila berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa memilih Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang yang paling berkuasa dalam DAP.

Jika ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami oleh Lee Lam Thye, Wee Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah dipecat dari DAP.

Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP.

Kit Siang tahu dia sekarang sudah dihujung usia dan penggal ini adalah penggal terakhirnya. Jadi dia perlu pastikan perjalanan politik dinastinya dalam DAP terus selamat. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Hui Ying sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang. Lim Kit Siang juga tahu anaknya Lim Guan Eng tidak sepintar beliau dalam berpolitik dan juga tidak disukai oleh ramai pimpinan DAP kerana sikap angkuh dan sombong. Kebodohan Lim Guan Eng terserlah dalam CEC tahun 2012. Dia tidak sebijak Lim Kit Siang dalam memanipulasi undi sehingga membuatkan DAP berhadapan dengan masalah besar sekarang.

Akibat kebodohan Lim Guang Eng itu, kini Lim Kit Siang sedang memerah otak berfikir bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan yang dikenali sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah besar kepadanya dan dinastinya dalam DAP.

Siapa Lima Harimau dan kenapa Lim Kit Siang perlu sembelih mereka ?

Sabtu, 16 Mac 2013

Seorang pengganas ditembak mati di Lahad Datu.


LAHAD DATU: Seorang pengganas ditembak mati dalam Ops Daulat ketika pertempuran dengan anggota keselamatan di Kampung Tanjung Batu pada jam 10.15 pagi tadi.

Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata, pertempuran antara anggota keselamatan dan kumpulan pengganas bermula jam 9.55 pagi tadi.

Isnin, 15 Oktober 2012

PAS MUNAFIK



Selama 22 tahun memerintah Pas telah gagal membina satu ketamadunan Islam seperti yang diwar-warkan mereka selama ini termasuklah di Negeri Kelantan sendiri. Kelantan kekal sebagai negeri yang mundur dengan gejala anak2 Kelantan terpaksa keluar dari Kelantan demi menjamin masa depan mereka

Sekiranya Pas berjaya menjadikan Kelantan negeri yang terbaik dan berkat turun dari langit sebagaimana yang ditulis di merata tempat dalam bandar Kota Bharu itu barulah Kelantan mempunyai “Izzah” iaitu kemuliaan, kekuatan dan kedaulatan. Maka di mana daulatnya Kelantan jikalau Pas masih terpaksa menagih geran peruntukan dan pinjaman daripada kerajaan Pusat untuk membuat pinjaman mudah (soft loan) untuk memulihkan bekalan seperti air yang sentiasa bermasalah di Kelantan dan juga pembangunan lain, sedangkan selama ini mereka mencemuh Barisan Nasional khususnya UMNO.

Maka dari segi manakah lebihnya kebaikan Kelantan berbanding negeri-negeri lain. Di manakah keberkatan dari langit untuk Kelantan sebagai yang diwar-warkan?. Sekiranya Kelantan mempunyai “Izzah” bukan setakat mereka tidak perlukan bantuan dari kerajaan pusat, bahkan hasil mahsul Kelantan dapat membantu negeri-negeri lain sebagaimana Nabi Yusuf menjadi Menteri kewangan Mesir dulu dapat membantu negeri-negeri berjiran dengan baginda, demikian juga negeri Kelantan yang sepatutnya dapat membantu negeri lain kerana kononnya negeri lain tidak mendapat keredaan Allah SWT. Kerajaan Pas jangan berkata hasil mahsul Kelantan terpaksa diserahkan kepada kerajaan Pusat maka sebab itu ia tidak boleh berdikari. Ini kerana Pas tidak dapat mewujudkan satu Majlis Kerajaan Tempatan di Kelantan yang boleh berdikari, iaitu Majlis Kerajaan Tempatan yang mampu menanggung kos pengurusan dan kos pembangunan tanpa mengharapkan bantuan Kerajaan Pusat.

2. Gagal memajukan ekonomi

Kerajaan Pas berbeza dengan kerajaan Melayu Melaka dulu kerana Kerajaan Melayu Melaka apabila rajanya memeluk Islam, lalu negeri Melaka menjadi lebih makmur. Kelantan tidak nampak makmur selepas tertubuhnya kerajaan pimpinan Pas pada tahun 1990. Sebagai perbandingan dengan kerajaan Melayu Melaka, pelabuhan di Kelantan tidak menunjukkan pertumbuhan yang membanggakan sepanjang 22 tahun pentadbiran kerajaan Pas. Kelantan bukan pilihan utama pedagang, pengeksport atau pengimport.

Pelabuhan di Kelantan tidak terkenal bagi pendaratan ikan dan tidak ada usaha bersungguh-sungguh daripada pihak kerajaan negeri Kelantan untuk memajukan pelabuhan. Berbanding dengan Pelabuhan Melaka pada zaman kesultanan Melayu Melaka yang sentiasa sibuk dengan pedagang dari timur dan barat. Kerajaan Pas gagal menjadikan Kelantan sebagai Pusat Dagangan Dunia walaupun kedudukan Kelantan sebagai distinasi strategi sebagai laluan perkapalan ke Asia Timur. Apakah kerajaan Pas tidak pernah terfikir mengenai hal ini? Beberapa tahun lepas Pas telah meletak batu asas untuk Pelabuhan Darat di Kuala Krai, namun sekarang belum nampak apa-apa, bahkan papan tanda pun sudah dipenuhi oleh pokok Kapal Terbang, bukannya Kapal Terbang.

3. Gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat

Bidang perindustrian tidak menjanjikan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk anak Kelantan. Bilangan kilang dan peluang pekerjaan yang ada adalah sangat sedikit tidak setara dengan pertambahan bilangan remaja dan golongan yang mencari pekerajaan. Maka anak muda Kelantan terpaksa meninggalkan kampung halaman dan ibu ayah serta sanak keluarga untuk mencari rezeki sama ada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor atau Singapura negeri yang diperintah oleh BN yang kononya tidak Islam. Sepatutnya apabila kerajaan Pas ditubuhkan maka orang dari luar Kelantan akan berduyung-duyung mencari rezeki di Kelantan. Bahkan apabila hampir hari raya rakyat Kelantan berduyung balik ke Kelantan dan ramai yang menemui ajal dalam perjalanan. Kerajaan Kelantan gagal menarik pelabur secukupnya dan agensi-agensinya pula gagal untuk menyediakan peluang pekerjaan secukupnya untuk rakyat. Kerajaan Pas tidak boleh mengaitkan penghijrahan anak muda ke luar Kelantan adalah perkara lumrah dan tradisi rakyat Kelantan.

Memang benar pada tahun 1950an orang Kelantan berhijrah ke Thailand yang lebih dikenali dengan istilah “pergi ke Barat” dan kemudiannya rakyat Kelantan pergi ke Singapura menjadi buruh kontrak. Ini disebabkan pada ketika itu peluang pekerjaan amat susah kerana Malaysia masih belum merdeka.

Maka apakah kerajaan Pas yang kononnya mengikut Sunnah berpuas hati untuk melihat dasar yang merugikan itu terus berjalan. Memang betul apabila mereka bekerja di luar Kelantan mereka akan membawa hasil ke Kelantan tetapi tidakkah lebih baik Kelantan menjadi negeri pemberi hasil bukannya penerima hasil. Tidakkah Tok Guru pernah mengajara bahawa “Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima”? Apakah usaha Pas selama 18 tahun untuk menjadikan Kelantan negeri yang memberi hasil bukan sahaja kepada rakyatnya tetapi kepada rakyat luar Kelantan?

4. Pas Sentiasa menyalahkan orang lain

Sebagai contoh dan renungan iaitu pada 13 Jun 1996 Hj Abdul Hadi Awang Presiden Pas semasa merasmikan muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat ke 37 mendakwa bahawa pentadbiran Pas terganggu kerana terdapat dua lagi kerajaan yang memerintah negeri tersebut sejak pilihan raya umum 1990. Dua kerajaan tersebut menurut Hj Abdul Hadi ialah pihak istana dan pihak kerajaan pusat.

Jikalau Pas mempunyai keperibadian sebagai sebuah kerajaan yang berhemah dan berwibawa, tidak timbul dakwaan sedemikian. Jikalau benarlah Pas melakukan kebaikan tentunya ia disukai oleh semua pihak termasuk istana dan kerajaan pusat. Apa yang diketahui pihak Istana bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan Negeri. Maka apabila Hj Abdul Hadi menuduh Istana mengganggu kerajaan Pas sepatutnya beliau mengemukakan secara terperinci apakah gangguan yang dilakukan oleh pihak istana Kelantan. Ini adalah sifat pemimpin Pas yang sentiasa menyalahkan orang lain.

Sebagai contoh lagi; dalam soal hukum hudud pula, sultan Kelantan telah menandatangani warta bagi memperkenankan pelaksanaan hukum hudud. Tidak pernah rakyat kelantan mendapat tahu bahawa istana menentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. Jikalau benarlah Haji Hadi dapati ada gangguan sepatutnya beliau menyenaraikannya satu persatu bagi memudahkan kita semua menyemak dan meminta penjelasan dari sultan. Sultan Kelantan bukannya manusia yang susah berkira. Baginda masuk kampung keluar kampung untuk bersolat Jumaat dan makan bersama orang kampung. Baginda bukannya manusia berwatak dewa yang tinggal di kayangan tanpa mempedulikan nasib rakyat. Maka apakah kunjungan raja bertemu rakyat itu boleh dikatakan satu gangguan?

Apakah yang Pas kehendaki daripada istana Kelantan? Satu pertanyaan yang tidak mungkin berani dijawab oleh pihak Pas kerana pemimpin Pas sendiri banyak melakukan salah laku terhadap rakyat termasuk gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sehingga ditegur oleh Sultan Kelantan di dalam Persidangan DUN Kelantan baru-baru ini. Pas sepatutnya bersyukur kerana mempunyai seorang raja yang boleh duduk bersila dengan Menteri Besar. Berbincang dan berbual mesra tanpa ada protokol dan sekatan yang bukan-bukan.

Apa yang jelasnya ialah kegagalan Pas memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat yang menyebabkan istana membuat teguran. Teguran istana Kelantan dianggap berbisa kepada Pas kerana Istana Kelantan mempunyai kedudukan yang tinggi di kaca mata rakyat Kelantan. Istana Kelantan bukan terdiri daripada kalangan kaki judi, kaki arak atau kaki maksiat. Inilah yang sebenarnya menakutkan Pas. Pas juga menyifatkan Kerajaan Pusat sebagai pengganggu. Apa yang dilihat oleh rakyat ialah Kerajaan Pusat banyak menyumbang bagi memberi kemudahan dan kesejahteraan kepada rakyat. Bahkan kerajaan pusat telah memberi peruntukan yang begitu banyak ke negeri Kelantan. Dulu pernah kerajaan negeri Kelantan meminta pinjaman wang dari Kerajaan Pusat untuk memulihkan bekalan air bersih kepada rakyat Kelantan, dan telahpun Pusat membantunya, walaupun Pas masih gagal menjernihkan air. Di manakah rasionalnya tuduhan Hj Abdul Hadi tersebut. Melalui pelbagai agensi Kerajaan Pusat telah menyalurkan bantuan kepada rakyat Kelantan. Apakah Pas buat-buat tak nampak melihat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan.

Melalui pelbagai agensi, Kerajaan Pusat melaksanakan program peningkatan ekonomi kampung, pemulihan rumah, pemberian susu penuh krim kepada murid-murid sekolah, bantuan buku teks, perpustakaan desa, makanan tambahan di sekolah-sekolah dan Taman Bimbingan kanak-kanak, projek ternakan haiwan, projek perikanan, skim bantuan buku teks, skim alaun pekerja cacat, khidmat bimbingan dan pengembangan pertanian, membina rumah kepada rakyat termiskin, subsidi baja padi, subsidi harga padi, membuka Pasar tani, memberi peruntukan yang besar kepada kelas fardu ain (KAFA) pembinaan jalan kampung, membina bangunan sekolah yang baru, dan pelbagai jenis program untuk membantu masyarakat Kelantan. Maka apakah yang boleh disenaraikan oleh kerajaan Kelantan dalam konteks memberi kemudahan kepada rakyat?

Apakah cukup dengan kerajaan Pas membina papan tanda Islam, membina pintu gerbang Islam, membina hotel Islam dan mendabik dada kerana kononnya Menteri Besar tidak menerima elaun itu dan ini? Berapa kalikah dalam setahun Pak Chu, Mak Chu, Pak Da, Mak Da, Tok Wak, Tok Ayah , Pak Chik, Mak Chik, Tok Lebai, Tok Aji yang tinggal di kampong-kampong tidur di Hotel Islam Pas? Apa yang diperlukan oleh mereka ialah kemudahan yang terus dapat dinikmati oleh mereka seperti perumahan yang baik, bekalan api elektrik, air yang bersih, jalan yang sempurna dan kemudahan untuk mencari rezeki bagi anak-anak.

Apakah pemimpin Pas tidak pernah memikirkan kepayahan sebuah keluarga yang berpisah dengan anak gadis kerana anak gadis terpaksa meninggalkan Kelantan untuk mencari rezeki ke luar negeri. Apakah ini tidak termasuk di dalam agenda yang dilaung-laungkan sebagai membangun bersama Islam dan Kepimpinan Ulama?.

Amat memalukan jikalau inilah situasi yang dijadikan model untuk menunjukkan Kelantan sebagai sebuah bandar raya dan negeri Islam, lebih-lebih lagi sebagai serambi Mekkah. Dengan pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan pusat, kita hairan bagimana cara berfikir pemimpin Pas yang menuduh kerajaan pusat mengganggu Kelantan.

5. Tamakkan jawatan.

Sebagai renungan sejarah. APU pecah kerana kegagalan Pas dalam perkahwinannya dengan parti Melayu Semangat 46. Kegagalan yang pertama ialah perkahwinan tersebut ibarat kahwin lari ke Narathiwat kerana sepanjang lapan tahun perhubungannya dengan Semangat 46, Pas tidak pernah menandatangani sebarang surat perjanjian secara hitam putih dengan Semangat 46. Tidak ada MoU bertulis, apa yang ada ialah ceramah bersama, dan mesyuarat bersama. Kesan daripada tiadanya perjanjian bertulis itulah maka apabila berlakunya perpecahan Pas dengan Semangat 46 pada tahun 1996 masalah harta pesaka dan penjagaan anak-anak tidak dapat diselesaikan. Masing-masing hanya dapat tuduh menuduh. Pas mendakwa Semangat 46 isteri yang curang. Semangat 46 mendakwa Pas gagal beri nafkah secukupnya.

Apa yang rakyat dapat lihat ialah sebagai parti Islam, Pas gagal berdakwah kepada Parti Semangat 46. Pas hanya mahu memperalatkan Semangat 46 bagi kepentingan politik sendiri bukannya menggunakan kesempatan yang ada untuk berdakwah kepada Semangat 46. Yang sebenarnya mana mungkin Pas boleh berdakwah jikalau Pas sendiri gagal untuk menunjukkan tata laku yang baik.

Sudah pasti terlalu banyak susahnya daripada senang bagi Semangat 46 ketika bersama Pas menyebabkan Semangat 46 sanggup menebalkan muka kembali rujuk kepada UMNO. Tidak mungkin tergamak untuk pemimpin Semangat 46 yang duduk bersama dengan pemimpin Pas selama lapan tahun sanggup lari meninggalkan Pas jikalau tidak ada satu-satu perkara yang besar. Pas jangan hanya menyalahkan Semangat 46 sahaja, tiliklah diri sendiri. Hasil daripada kegagalan muafakat Pas - Semangat 46 menyebabkan rakyat tidak hormat kepada Pas kerana gagal memberi tarbiah kepada Semangat 46.

Mana mungkin Semangat 46 boleh hormat kepada Pas jikalau pemimpin Pas sendiri berlumba-lumba mengejar habuan dunia seperti balak dan sebagainya selepas menang pilihan raya umum 1990. Selepas menang pada tahun 1990, Pas mengamalkan politik gomol. Gomol sungguh-sunguh. Pas gomol Jawatan Timbalan Menteri Besar, gomol 5 jawatan utama di Pejabat Unit Dakwah Halaqat, gomol semua 14 jawatan pegawai dakwah Halaqat peringkat Parlimen dan gomol kira-kira 90% jawatan yang wujud di bawah unit tersebut. Daripada 24 jawatan di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Pas gomol 19 jawatan dan di Pusat Kajian Strategik Pas gomol sungguh-sungguh dengan meninggalkan hanya satu jawatan untuk Parti Semangat 46.

Politik gomol Pas ini lebih parah selepas pilihan raya umum 1995. Jawatan pengerusi-pengerusi anak syarikat SEDC di ambil alih satu lepas satu daripada parti Semangat 46, kuota EXCO 46 yang diberi kepada Berjasa diambil oleh Pas selepas calon Berjasa kalah di DUN Kota Lama, kuota Ahli Majlis Daerah dan Ahli Majlis Perbandaran diubah tanpa mendapat restu dan persetujuan Parti Semangat 46. Politik gomol ini memakan diri apabila Semangat 46 gomol Pas pula apabila mereka menyertai UMNO secara beramai-ramai. Kesimpulan yang dapat difahami daripada peristiwa tersebut ialah membuktikan bahawa Pas bukannya Idola atau model terbaik. Pas tak lebih daripada Parti hepokrit dan parti mecemarkan imej Islam semata-mata.

6. Pas berbohong untuk mewujudkan Badan Hisbah

Kerajaan Pas Kelantan berbohong kerana berdolak dalih dalam melaksanakan janji pilihan raya untuk mewujudkan Hisbah. Maka daripada apa yang berlaku di Kelantan tidak ada seorang rakyat atau pengundi pun yang patut tertipu dengan janji Pas untuk mewujudkan badan Hisbah bagi mengawal ahli politik dan jentera kerajaan. Janji yang penuh-penuh mulut daripada kononnya puak tok-tok guru itu, rupa-rupanya apabila sampai ke peringkat pelaksanaan tidak melaksanakannya dengan berbagai-bagai alasan.

Jikalau Pas jujur dan telus dalam memerintah Kelantan tentunya badan Hisbah diwujudkan pada hari yang sama MB melafaz ikrar sumpah jawatan. Pada 5 Februari 1996 buat kali terakhir Parti Semangat 46 menghantar wakil menemui MB Nik Aziz meminta supaya ditubuhkan badan Hisbah. Permintaan ini dipekakkan oleh Nik Aziz walhal yang berjanji untuk menubuhkan Hisbah bukannya Semangat 46 tetapi lahir daripada mulut tok guru keramat Pas.

Sebelum itu pernah akhbar Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Menteri Besar yang hanya mahu menubuhkan suruhanjaya menyiasat salah laku pentadbirannya setelah hukum hudud berjaya dilaksanakan di Kelantan. Ini adalah satu auta atau helah politik Pas kerana Pas sendiri sedar mereka tidak akan boleh melaksanakan hukum hudud tanpa perlu meminda terlebih dahulu perlembagaan persekutuan.

Selepas Kerajaan Pusat membentangkan Akta Rasuah, pada tahun 1997 MB Nik Aziz menegaskan tidak perlu lagi ditubuhkan Hisbah kerana akta tersebut sudah memadai. Rakyat berpendapat bagaimana mungkin Pas berani menubuhkan badan Hisbah kerana dari segi zahir ramai pemimpin Pas yang ketara sekali perubahan gaya hidup selepas menang, dan jika dilaksanakan badan tersebut, maka pemimpin Pas lah yang paling ramai sekali terkena. Ada yang sibuk dengan bush jaket dan bergaya melebihi Ketua Jajahan. Ada yang gantung kot dalam kereta mewah dan pelbagai karenah yang membayangkan ada sesuatu yang tidak kena dalam pentadbiran Pas. Sepatutnya selepas menang mereka semakin warak tetapi apa yang berlaku selepas menang oh lagi bergaya. Apakah yang memungkir janji untuk menubuhkan Hisbah itu tidak akan dibakar hidup-hidup dalam neraka kerana nama mereka tok-guru?

Maka selagi Sungai Kelantan mengalir ke Laut China Selatan, jangan diharap Pas berani menubuhkan badan hisbah. Usaha mendesak Pas melaksanakan hisbah adalah sama seperti usaha memandikan gagak dengan harapan bulu gagak menjadi putih. Habis air 7 kuala pun bulu gagak tetap hitam.

7. Keceluparan mulut Nik Aziz.

Keceluparan mulut Nik Aziz memang banyak antaranya Nik Aziz pernah mengatakan bahawa mana-mana wakil rakyat daripada Pas yang bertindak keluar parti untuk menyertai UMNO selepas pilihanraya umum akan dibakar hidup-hidup dalam neraka kerana mungkir janji. Apakah yang mungkir janji untuk menubuhkan Badan Hisbah tidak akan dibakar hidup-hidup dalam neraka? Apakah tarafnya Nik Aziz dengan Allah SWT berbanading orang lain.

Adakah bila Parti Pas bernama Islam maka akan kebal daripada segala hukum dan Umno tidak bernama Islam akan masuk neraka.

Sebenarnya soal neraka atau syurga adalah hak mutlak kepunyaan Allah. Allah memasukkan ke dalam syurga sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memasukkan ke neraka sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dalam seluruh isi al-Quran telah menetapkan bahawa orang Islam yang beriman dan mengerjakan amal soleh akan memperolehi syurga tanpa disebut Pas atau Umno, kalaulah neraka ada kena mengena dengan Pas, maka apakah nasib negara yang tidak ada Pas adakah kesemuanya akan masuk neraka belaka? Sebenarnya bukan urusan pemimpin Pas untuk menentukan sianu bin sianu masuk neraka.

Nik Aziz juga celupar mulut apabila mendakwa mahu meminta tolong dengan syaitan dan mahu menerima Perdana Menteri Bukan Islam. Syaitan adalah musuh ketat manusia. Bagimana mungkin syaitan dapat dijadikan penolong bagi orang yang beriman. Antara sebab orang Pas mengkafirkan orang Umno ialah kerana Umno melantik orang bukan Islam menjadi pemimpin maka bagaimana pula Nik Aziz bersetuju untuk bekerjasama dengan DAP atau bersetuju melantik oarng bukan Islam sebagai Perdana Menteri.

Nik Aziz juga celupar mulut mengatakan orang Islam boleh memaki orang Islam lain kerana Allah sendiri pernah memaki Abu Lahab.

Nik Aziz juga celupar mulut mengatakan Ulama Umno ulama darh haidh dan nifas.

Nik Aziz juga celupar mulut mengatakan perjuangan Umno adalah sesat. Dan berbagai-bagai lagi keceluparan Nik Aziz. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga celupar mulut mengatakan bahawa perkataan barua dianggap lebih beradab daripada perkataan babi, kera dan taghut yang disebut di dalam al-Quran.

8. Pas mengekalkan perlembagaan Taghut

Kegagalan Pas meminda undang-undang tubuh Negeri Kelantan yang dahulunya disifatkan sebagai undang-undang taghut amat memalukan. Apa yang dipinda dari undang-undang tubuh tersebut ialah undang-undang anti lompat bagi memecat mana-mana ahli dewan undangan negeri yang bertukar parti. Akhirnya pindaan tersebut dibatalkan oleh mahkamah

9. Gagal menjaga kredibiliti agensi yang ditubuhkannya.

Sebagai contoh Buletin "Membangun Bersama Islam" pernah menyiarkan berita berbentuk fitnah kepada Ketua Pemuda Umno Bahagian Pengkalan Chepa Ketika itu Saudara Fatmi Che Salleh(sekarang bergelar Dato’) dengan mendakwa beliau telah ditangkap kerana terbabit dalam cubaan menyogok wang kepada pengundi semasa pilihanraya kecil Sungai Pinang. Ekoran daripada peristiwa tersebut, Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan telah terpaksa memohon maaf secara terbuka melalui surat-surat khabar.

Akibat daripada penyiaran rencana tanpa merujuk kepada sumber yang sah itu kerajaan Pas terpaksa membelanjakan Lapan Ribu Ringgit Wang rakyat sebagai bayaran ganti rugi kepada pihak UMNO Kelantan. Tindakan pemimpin Pas dalam menyalahgunakan buletin kerajaan untuk kepentingan parti bukan sahaja tindakan salahguna jentera kerajaan untuk kepentingan parti, tetapi tindakan yang merugikan wang rakyat. Oleh itu jangan disangka jikalau Pas memerintah kerajaan Pusat perkara yang sama tidak akan berulang kembali. Tindakan menyiarkan berita palsu melalui media kerajaan yang didakwa sebagai kerajaan Islam adalah amat memalukan umat Islam. Dalam hal melakukan fitnah ini Islam telah menetapkan neraka Jahnam tempat duduk mereka, sila lihat ayat dalam surah al-Buruj

10. Tidak melaksana hukum Islam di Kelantan

Berulang kali Pemimpin Pas mendakwa mereka sedia membubarkan parti Pas jikalau UMNO melaksanakan hukum Islam. Apa yang ajaibnya pemimpin Pas tidak sedar bahawa Pas yang sebenarnya tidak bersedia melaksanakan hukum Allah. Sebagai bukti kecil, Harakah 22 Mei 1987 menyiarkan kenyataan Ustaz Hassan Sukri setiausaha Agung Pas ketika itu yang menyifatkan Undang-undang Pentadbiran hukum syarak seperti yang dipinda dan diamalkan oleh Kerajaan negeri Kelantan sebagai satu undang-undang yang besar kesesatannya.

Ini kerana mengikut Ustaz Hasan, mereka telah meminda hukum hudud yang telah ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran. Apa yang dilakukan oleh pemimpin Pas Kelantan hari ini meneruskan pelaksanaan pentadbiran hukum syarak yang dahulunya disifatkan sebagai sesat. Penggubalan undang-undang berhubung Nikah kahwin tidak berkait langsung dengan kuasa kerajaan Pusat. Maka apakah sebenarnya sebab Pas meneruskan pelaksanaan hukum yang dahulunya disifatkan sesat. Apakah jikalau orang lain buat sahaja sesat, tetapi jikalau Pas buat tidak sesat? Dan memang itulah perangai Pas. Umno beri duit kepada rakyat dikatakan Rasuah, tetapi kalau Pas beri duit kepada rakyat dianggap Sedekah.

Jikalau Pas tidak mampu melaksanakan hukum Allah maka apa perlunya Pas sibuk mahu pihak lain melaksanakan hukum Allah. Sepatutnya Pas buat terlebih dahulu hukum Allah itu kemudian barulah boleh menuduh pihak lain enggan melaksanakan hukum Allah. Pas tidak seharusnya menjadi ketam menyuruh anaknya berjalan betul sedangkan ibunya sendiri berjalan mengiring. Apakah Pas sebuah parti yang istimewa di sisi Tuhan sehingga tidak perlu melaksanakan apa yang dikatakan?

11. Pas hanya tahu berjanji

Pas akan tumbang kerana pemimpin Pas hanya pandai berjanji ketika belum berkuasa tetapi akan melupai rakyat apabila berkuasa. Harakah Bil 1124 bertarikh 18 Oktober 1999 muka surat 40 memuatkan kenyataan Presiden Pas ketika itu (Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor) yang berjanji bahawa seluruh rakyat akan memiliki rumah sendiri sekiranya gabungan parti Alternatif di beri mandat memerintah negara ini selepas pilihan raya umum nanti.

Apa yang terbukti di Kelantan, Pas gagal memastikan setiap rakyat mempunyai rumah walaupun hampir 18 tahun memerintah Kelantan. Jikalau sebuah negeri yang kecil, pun Pas gagal menunaikan janji jangan diharap Pas mampu untuk menunaikan janji bagi sebuah negara yang besar. Sehingga kini masih ramai rakyat Kelantan yang tidak mempunyai rumah, yang menumpang di rumah orang, menumpang tanah orang dan mendirikan rumah rakit di dalam sungai Kelantan. Apakah pemimpin Pas tidak sesar atau berpura-pura tak tahu hal ini? Tidak malukah pemimpin Pas Kelantan dengan kemiskinan rakyat Kelantan, mereka hidup melarat di bumi sendiri sedangkan pimpinan Pas hidup mewah dan senang lenang belaka. Bahkan ada di antara kuli balak pemimpin Pas memiliki kereta mewah.

12. Sikap wakil rakyat Pas tidak mempedulikan rakyat

Sikap wakil rakyat Pas yang menjenguk muka pengundi hanya apabila tiba musim pilihan raya bukan perkara baru. Hal ini sentiasa berlaku tetapi yang anehnya penyokong Pas boleh terima. Sikap wakil rakyat yang susah berkira, kedekut, selalu membuat helah seperti menyebut ikan dalam kereta buruk, ana puasa, sombong, bodoh sombong adalah lumrah bagi pengamat politik Pas.

13. Cakap tidak serupa bikin.

Pemimpin Pas dalam ceramah-ceramah mereka sentiasa mengambil contoh kejayaan Khalifah Umar Abdul Aziz yang berjaya memakmurkan rakyat di bawah pemerintahannya. Rupa-rupanya apabila Pas perintah Kelantan, jelas Pas tidak mampu memakmurkan rakyat Kelantan. Masih terdapat lebih 5 ribu keluarga yang benar-benar miskin walaupun sudah hampir 18 tahun Pas memerintah Kelantan.

Pemimpin Pas sering mendakwa semasa pemerintahan Umar bin Abdul Aziz tidak ada orang yang merasa layak menerima zakat kerana semua sudah senang lenang, tetapi apabila sampai giliran Pas memerintah Kelantan, semuanya itu tidak berlaku bahkan masih ramai fakir miskin di Kelantan, hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bahkan ada yang terpaksa mencari sisa-sisa makanan dan tin-tin kosong di dalam tong sampah. Maka di manakah hebatnya kerajaan Islam ala Pas seperti yang dilaung-laungkan di tempat ceramah itu?

14. Gagal mengatasi masalah lapar tanah

Pas gagal membuka tanah-tanah rancangan untuk rakyat yang masih ketiadaan tanah. Selemah-lemah dan semiskin-miskin kerajaan Datuk Asri dalam tahun 60an dan 70an dahulu sebanyak 27 tanah rancangan yang dikenali Lembaga Kemajuan Tanah Negeri (LKTN) telah berjaya dibuka bagi menempatkan beribu-ribu keluarga miskin.

Dalam suasana negara yang belum maju, Datuk Asri telah berjaya merealisasikan ideanya untuk menyelesaikan masalah kelaparan tanah rakyat Kelantan. Malangnya setelah hampir lapan belas tahun kepimpinan ulama Pas memerintah Kelantan, satu tanah rancangan pun masih belum dibuka oleh kerajaan Pas untuk membantu orang-orang yang ketiadaan tanah dan kebanyakan mereka bukan orang lain, penyokong dan pengundi Pas juga. Maka di manakan hebatnya kerajaan ulama Nik Aziz berbanding kerajaan Datuk Asri dahulu?

15. Pas gagal mendekati masyarakat

Suatu ketika dahulu ada pemimpin Pas yang mengejek-ejek pemberian subsidi oleh kerajaan BN kepada orang-orang susah. Mereka mengejek kononnya kerajaan terpaksa memberikan subsidi termasuk subsidi beruk dan gigi palsu kerana mahu memancing undi. Sekarang baru pemimpin Pas sedar kepentingan membantu golongan susah.

Sekarang baru ada sedikit program untuk kemasyarakatan. Baru-baru ini kita dapati dalam akhbar harakah pemimpin-pemimpin Pas tersengih-sengih memberikan sumbangan kepada orang-orang susah. Kalau orang lain buat pancing undi, kita buat ikhlas? Ikhlas apa bende dah dekat pilihan raya baru jenguk orang susah, dah tu ambil gambar besar-besar nak tunjuk ka orang.

16. Pas menyalahkan Undi Pos tanpa sebab

Pas sengaja menuduh Umno ada pengundi hantu dan undi pos adalah untuk memenangkan BN. Hakikatnya tidak semua undi pos adalah undi untuk BN. Jikalau diteliti daripada keputusan pilihan raya didapati ada pegawai kerajaan yang ramai undi Pas, demikian juga jkalau benarlah dalam undi tersebut ada penipuan kenapa di Kelantan Umno yang kalah? Tolong gunakan akal sedikit!

17. Kerajaan Pas pengotor

Kerajaan Pas Kelantan gagal membuktikan pelaksanaan Islam dalam bidang kebersihan. Kawan dan lawan Pas telah mengakui bahawa bandar Kota Bharu yang dianggap Bandaraya Islam adalah antara bandar yang terkotor di Malaysia. Sampah sarap yang terbiar di segenap lorong dan jalan, di tangga Pasar dan di sudut-sudut Pasar Siti Khadijah adalah amat memalu dan menjijikan Islam.

Pelancong asing dan orang bukan Islam mendapat maklumat yang salah tentang Islam dengan cara Pas mempamerkan sampah di bandar Kota Bharu. Walaupun banyak kali sungutan dan dilahirkan di dada-dada akhbar dan juga dari mulut Sultan, Pas buat-buat pekak sahaja dengan isu tersebut. Lebih memalukan bandar yang tidak dipimpin oleh ulama seperti Kuantan dan Kuching berada di tempat teratas sebagai bandar paling bersih di Malaysia.

Di manakah kewibawaan Pas dalam soal sekecil ini. Usahlah melaung mendabik dada akulah pejuang Islam jika bandar Kota Bharu sendiri tidak mampu dijaga. Tikus-tikus sebesar kucing berkeliaran bebas berasmara semasa orang menjamu selera di Pasar Siti Khadijah adalah memalu dan mencemar nama baik Ummahatul Mukminin. Orang ramai bersungut: "Betapa liarnya tikus di bandar Kota Bharu begitulah liarnya hati pemimpin Pas dengan isu kebersihan".

18. Tidak tegas dalam soal aurat

Amalan cakap tidak serupa bikin dalam soal aurat. Sekiranya kita tidak pernah pergi ke Kelantan sudah pasti kita akan menyangka bahawa rakyat Kelantan semuanya menutup aurat khasnya peniaga-peniaga di bandar Kota Bharu. Hakikat sebenarnya tidak begitu. Suatu ketika dahulu ada kedai yang tidak beri lesen kerana ada pekerjanya tidak menutup aurat. Sekarang semuanya tidak dipedulikan lagi. Soal sebenarnya ialah rakyat tidak segan kepada orang yang sibuk bercakap soal aurat. Rakyat tidak kesah kerana tidak ada kesungguhan daripada pemimpin Pas sendiri untuk hidup secara Islam. Amalan yang tidak Islamik khasnya tidak mempedulikan rakyat masih tebal di kalangan pemimpin Pas.

19. Maksiat masih banyak

Dalam Sinar Harian baru-baru ini telah memaparkan bahawa di Kelantan masih banyak sarang maksiat sehingga ada isteri orang yang menjadi penjual barangan tak habis. Demikian juga gejala sosial dan sumbang Mahram kekal ke paras tertinggi di Kelantan.

20. Sikap berdolak dalih dalam soal arak

Pas akan kalah kerana sikap talam dua muka Menteri Besar Kelantan. Semasa menjadi Ketua Pembangkang DUN Kelantan iaitu pada 22 Mac 1987 Nik Abdul Aziz selaku Ahli DUN Semut Api semasa berhujah dengan pihak kerajaan berkata “ Masalah haram arak dalam Islam ini kerana mabuk. Jadi apabila arak itu diharamkan atas dasar ia memabukkan dan mabuk ini bukan sahaja terkena ke atas orang Islam, bahkan orang yang tidak Islam pun mabuk juga apabila meminumnya, sebab itu hukum itu patut disamaratakan. Yang anehnya apabila Nik Aziz bertukar menjadi ADUN Chempaka dan menjadi Menteri Besar, arak ini boleh pula dijual kepada orang bukan Islam. Bahkan beliau mengaku melalui akhbar Utusan Malaysia 19 November 1992 sebanyak 44 lesen arak telah beliau luluskan dengan alasan Islam tidak menegah masyarakat bukan Islam menikmatinya. Rupa-rupanya arak yang haram dan memabukkan itu adalah nikmat pula. Inilah sikap dua kitab pemimpin Pas. Kalau orang lain buat haramun. Kalau Pas buat halalun.

Bagi mereka yang tidak mengikuti pilihanraya umum tahun 1986 khasnya pemimpin Pas yang masih berhinggus pada tahun 1986 tetapi menjadi pendekar dan hulubalang Pas pada hari ini mereka barangkali tidak tahu bahawa :-

21. Kerajaan Pas mengambil duit haram

Pas semasa belum berkuasa dulu mengatakan bahawa duit kutipan denda kerana berzina dikatakan duit haram. Apabila Pas menang, undang-undang sedemikian masih diteruskan dan kita berhak bertanya sudah tidak haram lagikah duit hasil denda orang yang berzina? Sikap dua undang-undang ini melambangkan Pas adalah parti cari makan saja, kalau orang lain buat tidak sah dari segi syariat, kalau Pas buat sah dari segi syariat. Seolah-olah hukum syariat ini boleh diubah-ubah dan menjadi kepunyaan puak-puak Pas. Pemimpin Pas perlu menjelaskan ke mana hasil wang tersebut digunakan. Apakah ia digunakan untuk membayar elaun guru-guru halaqat atau dilaburkan ke mana. Begitu juga duit lesen arak, duit lesen tempat-tempat maksiat yang diluluskan beroperasi khasnya di bandar Kota Bharu.

22. Pas Terengganu berbeza pendapat dengan Pas Kelantan

Sikap pemimpin Pas Terengganu dengan pemimpin Pas Kelantan berbeza. Sebagai contoh; Setiausaha Dewan Ulama Pas Terengganu melalui Harakah 3 Jun 1991 mendakwa wawasan 2020 adalah candu yang melekakan masyarakat. Pemimpin Pas Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat pula melalui akhbar Berita harian 20 September 1992 mendakwa Kelantan sokong konsep wawasan 2020. Mana satu yang betul atau dua-dua tidak betul. Nampak sangat Pas Kelantan lain dia punya kepala, Pas Terengganu lain dia punya kepala. Di mana Wahdatul Fikri kesatuan pemikiran dalam Pas. Kalu dua buah negeri yang berjiran pun tidak ada permuafakatan, kita khuatir jika Pas memerintah Malaysia masing-masing negeri buat hal masing-masing.

23. Pemimpin Pas tidak telus

Pemimpin-pemimpin Pas takut untuk mengisytiharkan harta. Sekiranya pemimpin Pas bersikap berani kerana benar sudah tentu mereka tidak teragak-agak untuk mengisytiharkan harta milik masing-masing supaya rakyat dapat melihat dan mengetahui perbezaan antara sebelum Pas memerintah Kelantan dengan semasa hampir sepuluh tahun Pas memerintah Kelantan. Apakah ada udang di sebalik laksa yang menyebabkan pemimpin Pas takut untuk mengisytiharkan harta mereka? Melalui akhbar Berita harian 8 Julai 1993 Menteri besar Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa kerajaan Kelantan belum bercadang untuk mewajibkan semua ADUN mengisytiharkan harta masing-masing bagi mengelakkan penyelewengan.

Jikalau orang yang berada di belakang Nabi Muhammad s.a.w. boleh menyeleweng, maka siapalah pemimpin Pas yang ada di Kelantan hari ini. Rakyat tetap berhak menaruh syak bahawa pemimpin Pas mengumpul harta secara haram apabila Pas memerintah Kelantan selagi pemimpin Pas tidak berani mendedahkan harta masing-masing untuk dinilai oleh rakyat. Di manakah kepimpinan telus yang dilaungkan - laungkan oleh pemimpin Pas pusat terhadap kerajaan BN? Jika pemimpin Pas Kelantan sendiri gagal mengisytiharkan harta kepada orang ramai, maka tak payahlah orang Pas perlu sibuk dengan harta orang lain.

24. Pas hanya bangga dengan slogan dan label

Kerajaan Pas berbangga dengan slogan, pintu gerbang dan lebel sahaja. Pelbagai slogan dicipta dan dijadikan papan tanda di segenap ceruk negeri. Apakah rakyat akan kenyang dengan melihat pintu gerbang, label dan slogan. Kelantan adalah satu contoh negeri make up, canti kerana mekup sahaja sedangkan tuan asalnya adalah hodoh. Apabila habis make up akan terserlah hakikat sebenar iaitu tembaga yang berkarat dan busuk. Slogan utama kerajaan negeri Membangun Bersama Islam tidak dapat difahami oleh rakyat. Bangunan-bangunan yang tinggi-tinggi yang dibina di bandar Kota Bharu dibina oleh pihak swasta dan tauke -tauke dari luar Kelantan. Sila lihat TESCO di Lembah Sirih siapa punya. Apa sebenarnya yang dibangunkan oleh Pas Kelantan?

Pintu gerbang adalah pembangunan yang dijalankan oleh pemimpin Pas. Sepatutnya setelah hampir 18 tahun memerintah sudah ada bangunan di setiap kawasan parlimen bagi menempatkan pusat pembinaan insan yang lengkap. Kompleks latihan untuk rakyat yang memerlukan mesti ada di setiap kawasan parlimen. Memerintah sekadar menunggu masa untuk pilihan raya adalah kerja yang senang. Apabila perut rakyat lapar tak tertahan baru pihak kerajaan tahu susah senang memerintah.

25. Pas berbohong mahu ikut Nabi

Lain cara Nabi, lain cara Pas. Melalui Harakah bertarikh 6 September 1991 Menteri Besar Kelantan mendakwa dasar pemerintahan Kerajaan negeri Kelantan bukannya ditiru daripada Kerajaan Inggeris ataupun daripada barat sebaliknya ia mengambil contoh pemerintahan sebagaimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. Ini nak tipu orang dalam cerah.

Semua rakyat Malaysia tahu sejak memerintah Kelantan dari tahun 1990 sehingga hari ini Pas masih mengguna pakai undang-undang tubuh negeri Kelantan yang diwarisi dari zaman Inggeris. Kalau ada ubahsuai pun ia masih tidak menepati dasar pemerintahan Rasulullah. Ini diakui sendiri oleh pemimpin Pas yang seringkali mendakwa perlembagaan negara ini masih belum mengucap dua kalimah syahadah. Yang kedua banyak bezanya antara cara hidup Nabi dan sahabatnya dengan cara hidup wakil rakyat Pas di Kelantan. Pernah dapur rumah Rasullullah tidak berasap berbulan-bulan. Anak saudara Aisyah bertanya bagaimana makcik hidup? Jawab Aisyah Dengan 'buah tamar dan air sahaja'. Berapa orang pemimpin Pas kah yang hanya makan buah tamar dan air lalu mengaku berjuang mengikut Sunnah.

Sepatutnya konsep wakil rakyat cara Pas, wakil rakyat lebih susah daripada rakyat, apa yang berlaku adalah di sebaliknya, maka di mana lebihnya Pas di dalam membantui rakyat berbanding wakil rakyat UMNO. Tidak perlulah dibandingkan wakil rakyat Pas dengan sahabat Nabi. Jauh panggang dari api.

26. Pas menaikkan gaji MB, TMB dan EXCO

Sepatutnya selepas menang pada tahun 1990 kerajaan Pas menurunkan gaji Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Apa yang berlakunya ialah perkara sebaliknya. Sebagai contoh; Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 22 November 1995 telah meluluskan kenaikan gaji Menteri Besar dari RM 6000.00 kepada RM 8500.00 sebulan, (Naik RM 2500.00 sebulan), gaji Timbalan Menteri Besar dari RM 3500.00 kepada RM 5500.00 (Naik RM 2000.00 sebulan), gaji EXCO naik daripada RM 3000.00 kepada RM 4500.00 (Naik RM 1500.00 sebulan ).

Selain daripada itu gaji bulanan Speaker daripada RM2500.00 kepada RM 4500.00 (Naik RM 1500.00 sebulan) manakala gaji setiausaha politik Menteri Besar turut dinaikkan kepada RM3000.00 daripada RM1500.00(Naik RM 1500.00 sebulan). Semua kenaikan ini berkuatkuasa pada 1 Januari 1996. Sepatutnya gaji ini diturunkan apabila Pas meminta memandangkan Pemimpin Pas mendakwa kita mahu hidup cara Rasulullah, kerajaan Pas kerajaan Islam. Rupanya-rupanya kerajaan Islam pun tambah gaji juga. Selain dari itu sepatutnya gaji ini diturunkan menandakan kerajaan Kelantan tidak ada Pak Saudara di peringkat pusat. Kalau kerajaan negeri lain patutlah menaikkan gaji, kerana kalau ada apa-apa hal boleh minta dengan pak saudara iaitu kerajaan pusat.Selain dari itu kerajaan lain nampak lebih banyak kerja berbanding kerajaan Pas. Hasil dari kenaikan itu setiap bulan tambahan gaji meningkat sebanyak RM 18500 sebulan. Setahun meningkat RM 222,000.00 dan sehingga bulan disember 1999 sebanyak RM 888,000.00 digunakan untuk membayar gaji 11 orang yang terlibat dengan kenaikan tersebut. 11 orang tersebut ialah seorang Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat, seorang Timbalan Menteri Besar iaitu Abdul Halim Abdul; Rahman, 7 orang EXCO iaitu Mohamad Daud, Omar Mohamad, Hassan Abdullah, Hassan Muhamad, Ahmad Yaakob, Abdullah Yaakob, Halim Mohamed, seorang Speaker Cikgu Wan Rahim dan seorang Setiausaha Politik Menteri Besar Hussam Musa.

Jikalau kenaikan tidak dibuat hanya RM 34,500.00 wang rakyat digunakan setiap bulan untuk membayar gaji 11 orang hamba Allah tersebut tetapi apabila kenaikan diluluskan sebanyak RM 53,000.00 sebulan diguna untuk membayar gaji 11 orang hamba Allah tersebut. Kenaikan sebanyak 53.4 %. Ini tidak termasuk pendapatan sebagai wakil rakyat yang diterima oleh MB, TMB, EXCO dan speaker. Sepatutnya kerajaan Pas malu dengan khalifah -khalifah Islam zaman dahulu yang semakin berkuasa semakin miskin

27. Pemimpin Pas membazir

Pada zaman Ulama menjadi Menteri Besar sebuah kereta Mercedes Benz S320I Type V140 berharga lebih RM500,000.00 diguna untuk kegunaan Menteri Besar Kelantan. Ini berlawanan sama sekali dengan hasrat beliau yang diluahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri sewaktu mula-mula menjadi Menteri Besar yang mahu pakai kereta Proton saga sahaja. Bekas SUK Datuk Abdul Razak Salleh boleh menceritakan secara lanjut cerita ini. Apakah tidak membazir menukar kereta sedangkan kereta lama masih boleh digunakan lagi. Adakah membazir hanya jika UMNO yang buat, kalau Pas buat tidak membazir. UMNO buat pusat jambatan Pulau Pinang membazir, buat lebuh raya membazir, buta pusat pentadbiran baru di Putra Jaya membazir. UMNO buat serba tak kena kalau Pas buat serba molek.

Semua rakyat Malaysia tahu sejak memerintah Kelantan dari tahun 1990 sehingga hari ini Pas masih mengguna pakai undang-undang tubuh negeri Kelantan yang diwarisi dari zaman Inggeris. Kalau ada ubahsuai pun ia masih tidak menepati dasar pemerintahan Rasulullah. Ini diakui sendiri oleh pemimpin Pas yang seringkali mendakwa perlembagaan negara ini masih belum mengucap dua kalimah syahadah. Yang kedua banyak bezanya antara cara hidup Nabi dan sahabatnya dengan cara hidup wakil rakyat Pas di Kelantan. Pernah dapur rumah Rasullullah tidak berasap berbulan-bulan. Anak saudara Aisyah bertanya bagaimana makcik hidup? Jawab Aisyah Dengan 'buah tamar dan air sahaja'. Berapa orang pemimpin Pas kah yang hanya makan buah tamar dan air lalu mengaku berjuang mengikut Sunnah.

Sepatutnya konsep wakil rakyat cara Pas, wakil rakyat lebih susah daripada rakyat, apa yang berlaku adalah di sebaliknya, maka di mana lebihnya Pas di dalam membantui rakyat berbanding wakil rakyat UMNO. Tidak perlulah dibandingkan wakil rakyat Pas dengan sahabat Nabi. Jauh panggang dari api.

28. Kerajaan Pas tidak sebulu dengan Pegawai Kerajaan

Hubungan dingin Pas dengan pegawai kerajaan. Satu persoalan kenapa sebahagian pegawai kerajaan tidak hormat kepada kerajaan pimpinan Nik Aziz di Kelantan? Pernah pegawai-pegawai kerajaan keluar beramai-ramai dari Dewan Undangan Negeri semasa sidang sedang dijalankan. Pas sepatutnya mengambil tindakan yang lunak dan berhemah dengan pegawai kerajaan bukannya sikap untuk berkonfrontasi seperti yang ditunjukkan oleh pemimpin Pas suatu ketika dahulu yang beria-ia mahu menubuhkan Pasukan penyiasat untuk menyiasat salah laku dan penyelewengan Datuk setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Apa sudah jadi dengan Pasukan penyiasat tersebut dan apakah hasil siasatannya. Sehingga sekarang rakyat masih tertunggu-tunggu salah atau tidak salah Datuk setiausaha Kerajaan Kelantan yang pernah disifatkan sebagai hamam oleh sesetengah pihak di Kelantan. Kerajaan yang berkrisis dengan pegawai kerajaan adalah kerajaan yang kena penyakit stroke. Seluruh tubuh akan lumpuh dan kerajaan tidak mampu melaksanakan apa yang dirancang kerana yang akan melaksanakan tugas kerajaan ialah pegawai kerajaan. Lainlah dengan kerajaan yang tidak ada perancangan . Dia boleh berbalah dengan siapa sahaja kerana tidak ada apa yang hendak dibuatnya.

29. Sikap kerajaan berkonfrontasi dengan raja.

Pas akan kalah di Kelantan kerana hubungan Pas dengan istana yang semua orang tahu tidak serupa mula. Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan istana bagaikan bukan manusia. Nik Aziz pernah mengatakan bahawa Raja walaupun muda adalah orang tua bagi negeri. Sekarang apa jadi hubungan pemimpin Pas dengan Sultan.

Rakyat tidak lupa dengan keengganan YB Mohamad Sabu dan Mazlan Ibrahim Ketua Pemuda Pas Kawasan Kota Bharu untuk bertemu mata dengan Sultan Kelantan walau dijemput ke istana. Dalam tahun 1996 dahulu heboh kononnya kerajaan Pas mahu meminda perlembagaan negeri Kelantan kononnya mahu menghalang campur tangan istana dalam politik Kelantan. Nik Abdul Aziz sendiri dalam kenyataan pada 26 April 1996 menjelaskan bahawa Pas akan bertindak meminda perlembagaan Negeri bagi menghadkan kuasa sultan. Sebagai sebuah kerajaan yang dikatakan kerajaan Islam sepatutnya Pas memastikan samada pindaan itu menepati kehendak Islam atau tidak.

Sampai sekarang Pas tidak berani menjelaskan isu pindaan undang-undang dari perspektif Islam. Bagi rakyat dan istana tidak ada perkara yang hendak dihalang jika apa yang Pas mahu buat bertepatan dengan Islam. Soalnya sekarang kenapa Pas tidak berani memutuskan pindaan itu dari sudut hukum syarak jika benar Pas mahu memerintah berdasarkan Islam.

Jikalau pindaan itu wajib mengikut hukum Islam kerajaan Pas berdosa jika tidak memindanya. Jika pindaan itu haram di sudut Islam jelaslah Pas ini jenis parti bercakap dahulu baru berfikir. Istana hanya menjalankan kuasa sepertimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan Kelantan seperti melantik Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan menaungi Majlis Agama Islam Kelantan. Tindakan biadab pemimpin Pas seperti mendakwa jika Sultan bertanding pilihan raya pun Sultan akan kalah menggambarkan buruk laku dan celupar mulut pemimpin Pas seolah-olah jika Pas menang tidak perlu Pas mengangkat sumpah di hadapan sultan Kelantan. Mereka seolah-olah tidak kabar dan tidak sedar bahawa Sultan ada peranan, kerajaan ada peranan, rakyat ada peranan, pegawai kerajaan ada peranan , semuanya ada peranan masing-masing. Maka Pas sewajarnya menghormati peranan orang lain bukannya bercakap tak tentu hala seperti masuk hantu.

30. Pas gagal memanafaatkan anak Kelantan

Pas bersikap bodoh tak boleh diajar dan cerdik tidak boleh ditumpang. Sepatutnya apabila menang di Kelantan, pemimpin Pas mengajak seluruh anak Kelantan yang berada di perantauan untuk balik membangunkan Kelantan. Anak-anak Kelantan yang menjadi tokoh korporat, ahli akademik, tenaga profesional sepatutnya dihargai otak dan kecerdikan mereka dengan meminta mereka secara formal menyumbang bakti untuk membangunkan Kelantan.

Anak Kelantan yang berselerak di merata pelusuk negara dan menjadi pakar dalam pelbagai bidang adalah aset yang dilupai oleh kerajaan. Kerajaan Pas hanya sibuk memberi komen apabila anak-anak Kelantan ini berhimpun bagi bersatu untuk membantu BN seperti mana menjelang pilihan raya umum 1995 yang lalu. Sekiranya kerajaan Kelantan tidak menghargai anak Kelantan maka anak Kelantan yang berjaya di luar Kelantan tidak perlu bersikap hidung tak mancung pipi tersorong untuk menolong kerajaan Kelantan.

31. Pas mengekalkan Kelantan sebagai negeri secular

Pas hanya tahu menempelak orang lain. Sebagai contoh di dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada 15 Oktober 1989, ahli dari Bukit Panau Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman menegaskan kepimpinan negara ini adalah Al Kiadatul Mukmintul Solehah, iaitu kepimpinan yang beriman dan beramal soleh. Ahli dari Semut Api yang kini menjadi Menteri Besar bangun menolak dakwaan tersebut dengan berkata negeri ini adalah negeri sekular , negeri yang tidak beriman dengan Allah, tidak beriman dengan kitab dan Rasul. Apa yang ajaibnya apakah apabila Nik Aziz menjadi menteri Besar Kelantan, Kelantan sudah menjadi negeri yang beriman dan bukan lagi negeri sekular.

Setahu kita undang-undang tubuh negeri Kelantan belum dipinda dan sama seperti perlembagaan yang dianggap taghut oleh pemimpin Pas suatu ketika dahulu. Lebih teruk itu satu usul telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 11 April 1993 untuk melindungi dan mempertahankan undang-undang tubuh Negeri Kelantan seperti yang sedia ada.

32. Pas gagal membangunkan desa taqwa

Pas akan kalah di Kelantan kerana kegagalan kerajaan membangunkan desa Taqwa. Kerajaan BN dahulu mewujudkan kampung yang diidam-idamkan dan menyalurkan pelbagai bantuan untuk mewujudkan kampung yang sedemikian, Bila naik zaman Pas dia tiru juga apa yang BN buat tetapi alih nama supaya berbunyi lebih sedap iaitu Desa Taqwa. Kita tak tahu sudah ada berapa banyak Desa Taqwa yang dibuat oleh kerajaan Kelantan . apa yang kita tahu serupa sahaja kampung yang dinamakan desa Taqwa dengan kampung yang tidak dipilih menjadi desa Taqwa dari segi taqwa penduduknya. . Akhlak rakyat di taqwa dengan desa tidak Taqwa serupa sahaja. Inilah stail Pas indah khabar dari rupa. Lebih label dari isu. Lebih sudu dari kuah. Lebih auta dari buat.

33. Pas hanya tahu mengkritik orang lain

Sikap Pas cakap tidak serupa bikin pemimpin Pas. Sebagai contoh sewaktu kerajaan BN memerintah semasa sidang dewan membahaskan belanjawan tahun 1987 ADUN Pas yang sekarang sudah jadi Gemulah Haji Wardi Ahmad menegur kerajaan kerana mengadakan musabaqah al-Quran, kerana katanya usaha tersebut tidak kena pada tempatnya dan Islam tidak menyuruh membuatnya. Alih tak alih apabila Pas memerintah, Pas buat juga musabaqah. Nampak sangat kalau orang lain tidak comel, kalau Pas buat baru comel.

34. Pas gagal mengawal agensi kerajaan

Pas gagal menjaga agensi- agensinya. Sebagai contoh Ahli dari Lundang Arwah Haji Mawardi pernah menyebut di dalam DUN Kelantan pada 15 November 1992 katanya “Banyak program-program ekonomi bagi peruntukan wakil rakyat dijalankan secara gotong royong telah mendapat sambutan yang baik daripada pihak rakyat. Dasar ini sepatutnya di]laksanakan dalam semua agensi Kerajaan Negeri seperti Majlis Perbandaran Kota Bharu, Majlis Daerah, YAKIN, YIK dan SEDC. Tetapi malangnya terdapat beberapa peruntukan kewangan telah disalahgunakan perbelanjaannya oleh pegawai tertentu untuk program-program majlis nyanyian, sukaria dan seumpamanya.

Malah ada sesetengah agensi yang membelanjakan kewangan yang lebih untuk projek membaiki ruang lobi Hotel Perdana agar kelihatan cantik tetapi yang sepatutnya dibuat dengan peruntukan yang begitu besar untuk menambah jumlah bilik-bilik penginapan demi mempertingkatkan lagi hasil keuntungan tersebut. Apa yang diketahui umum bahawa Kelantan masih kekurangan bilik penginapan pelancong sebanyak 100% dari jumlah yang ada. Ada orang kata pengurusan PKINK sekarang ini mementingkan make-up di muka sahaja, panau dan kurap masih bertempek.

Yang lebih mendukacitakan ada sesetengah kakitangan yang hanya memikirkan hendak ‘berderat’. Hendak ‘berderat’ sahaja, kononnya hendak mesyuarat, hendak mengaji, hendak tengok projek, cari pelabur padahalnya pergi ke lain. Kalau lagu ni Yang Berhormat Tuan Yang Di Pertua, lebih baiklah tukar yang lain kerana kita tidak mahu menanggung kerugian. Kalau tidak SEDC akan tinggal gusi."

Apabila ahli dari Pas sendiri yang tegur kerajaan pastilah apa yang terjadi itu benar-benar terjadi. Kalau wakil BN yang kata orang Pas boleh kata BN hanya cari salah Pas, tetapi ini Pas yang kata kepada Pas.

35. Pas membelanjakan wang rakyat untuk menganjur program melalaikan

Sikap Pas lain di luar dewan dan lain di dalam dewan yang diamalkan oleh pemimpin Pas. Sebagai contoh orang-orang Pas yang totok (tulen/hadkor) Pasti yakin kerajaan Pas tidak akan melibatkan diri dalam aktiviti hiburan yang melalaikan berdasarkan hakikat pemimpin Pas sewaktu berceramah.

Hakikat sebenarnya di dalam dewan Undangan negeri ialah banyak peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan Nik Aziz untuk pesta, contohnya pada 16 November 1992 Kerajaan Yang Amat Berhormat Al-Fadil Tuan Guru meluluskan sebanyak RM49,210.00 bagi mengadakan Pesta Rebana Antarabangsa Kelantan. Pada tarikh yang sama sebanyak RM58,040.00 diluluskan untuk membiayai perbelanjaan Pesta Malaysia. Pada 11 April 1993 sejumlah RM58,710.00 diluluskan untuk mengadakan Pesta Gasing Uri Kertok. Pada 18 Julai 1992 sebanyak RM150,000.0() diluluskan untuk membiayai Program Persembahan Kebudayaan di Gelanggang Seni. Pada 18 Julai 1992 juga sebanyak RM120,000.0U diluluskan untuk Promosi Pesta Wau Antarabangsa di Pantai Sri Tujuh.

36. Pas menukar hukum seperti menukar baju

Rakyat sedar bahawa Pas tidak pernah konsisten di dalam isu sama ada Umno kafir atau tidak. Sekitar tahun 1960an orang Umno dihukumkan kafir kerana berikat dengan Cina dan India dalam memerintah negara. Sesiapa yang redha dihukumkan kafir, sesiapa yang tak redha di kira haram sahaja. Apabila Pas masuk BN hukum kafir berehat seketika. Ketika itu Umno dan Pas boleh berpergi mari(bergaul seperti sesama islam). Orang Umno boleh dijadikan menantu dan boleh dibuat Tok Imam. Keadaan ini berterusan sehingga Pas ditendang keluar dari BN pada tahun 1977. Selepas kalah teruk pada tahun 1978 isu kafir dikumandangkan sekali lagi oleh penceramah Pas. Hasilnya timbul isu sembahyang dua imam, lari tinggal kampung untuk sembahyang di masjid yang dimamkan oleh orang Pas, kenduri-kendara tidak pergi, sakit mati tidak ziarah dan pelbagai angkara gara-gara fatwa orang UMNO kafir.

Pemimpin Pas tidak boleh nafi kerana orang Kelantan dan Terengganu tahu hal ini. Kaset ucapan pemimpin Pas yang mengkafirkan orang Umno juga masih boleh didengar. Pemimpin tidak boleh lepas tangan dengan mengatakan tidak ada arahan dari dewan ulama Pas untuk mengkafirkan orang Umno. Ini kerana ulama-ulama Pas dan pemimpin-pemimpin Pas tidak pernah melarang penceramah Pas dari mengkafirkan ahli UMNO. Hujjah kafir kali ini ialah orang kerana UMNO tidak diakui umat oleh nabi Muhammad sebab berfahaman Nasionalis. Ia dikira ashabiah sepertimana hadith riwayat Abu Daud. Isu ini padam apabila Pas berpakat dengan Semangat 46 selepas pilihan raya umum 1996.

Ini kerana perlembagaan Semangat 46 serupa bulat-bulat dengan perlembagaan UMNO lama yang dituduh ashabiah. Dari sini nampak jelas hukum kafir ini hanya apabila Pas tidak berpakat. Bila berpakat tidak ada kafir lebih-lebih lagi sekarang Pas berpakat secara terang-terang pula dengan DAP yang menentang secara total totok sebarang usaha untuk menjalankan hukum Islam di negara ini. Dengan cara dan tindakan Pas ini, nampak jelas di mata rakyat hukum bagi Pas adalah seumpama baju. Masa panas pakai baju nipis, masa sejuk pakai baju tebal.

Bolehkah rakyat mempercayai keikhlasan pemimpin sebegini? Begitu juga dalam soal rasuah.. Pada 8 Mac 1978 Nik Aziz mengeluarkan fatwa yang berbunyi, “Bahawa sesungguhnya pekerjaan menyuap atau memberi wang atau benda kepada pengundi-pengundi supaya mengundi calon-calon atau parti-parti tertentu adalah jenis rasuah dan tiap-tiap rasuah adalah perbuatan yang dilarang oleh agama Islam. Tiap-tiap perbuatan yang dilarang oleh agama adalah maksiat.

Pada pilihanraya kecil Lundang Mac 1994 pula fatwa beliau berbunyi “Beri gula kacau, beri kain pakai, heri duit ambil, bila mengundi pangkah bulan.” Tidak rasuahkah begitu?

37. Pas menipu rakyat

Rakyat sudah sedar taktik kepala kereta api Pas. Pemimpin Pas dalam semua hal menyandarkan kepada Tok guru iaitu Nik Aziz. Nik Aziz dilabelkan sebagai pemimpin ulama yang warak, berkat, ilmu banyak, alim, tidak rasuah, tidak menyeleweng, baik hati, dan seribu satu macam kebaikan lagi . Semuanya ada pada Nik Aziz. Bagi yang fanatik Nik Aziz adalah dianggap manusia keramat. Taktik hias kepala kereta api ini sudah tidak relevan kerana rakyat tahu siapa yang menjadi gerabak keretapi. Rakyat tahu apa yang ada dalam gerabak keretapi tersebut. Rakyat kenal siapa wakil rakyat Pas, siapa pemimpin Pas yang sebenarnya ikhlas bekerja untuk rakyat dan siapa yang ikhlas bekerja untuk diri sendiri.

38. Pas membiarkan fakir miskin terus melarat.

Bandar kota merupakan Bandar raya Islam Pas masih menyimpan ramai pengemis sama ada yang cacat, orang tua atau budak-budak. Apakah kerja yang pemimpin Pas lakukan bagi membantu orang yang terpaksa menghinakan diri kerana mengharapkan sesuap nasi. Kerajaan Pas betul-betul tidak bertanggungjawab di sebalik dakwaan sebagai sebuah kerajaan Islam.

39. Pas menuduh pemimpin Umno kafir kerana mengunjungi rumah ibadat orang bukan Islam

Apabila memerintah Kelantan pemimpin Pas sendiri mengunjungi rumah ibadat orang bukan islam seperti di Ketik Terbok Tumpat, Ketik Terasek, Tasek Berangan dan tokong Di Kampong China. Lebih daripada itu mereka turut menyampaikan derma kepada tokong-tokong tersebut. Kalau orang lain buat jadi kafir, kalau orang Pas buat tak jadi kafir ke? Siapkah yang meluluskan begitu mudah Berhala-berhala Budha yang begitu besar dan tinggi melebihi Masjid-masjid Islam yang bertaburan di Kg. Balai Bachok, Kg Beruk, Kg. Ju Bakar, Kg. Terbak, dan Kg. Dalam Berangan. Bahkan Berhala yang ada di Kelantan ini melebihi Berhala dalam Asia Tenggara.

40. Bertukar-tukar fatwa dalam soal calon wanita.

Dalam akhbar WATAN 28.9.1989 Dr Daeng Sanusi mendakwa Pas mengambil ketetapan tidak membenarkan calon wanita tetapi yang pelik bin ajaibnya, terbukti Pas mempunyai wakil rakyat wanita di Dun Tanjung Mas (Kak Ani). Di mana pendirian pemimpin Pas dan pendirian yang mana benar-benar tepat dengan syariat?

Khamis, 6 September 2012

JANGAN BERBICARA TENTANG HUDUD ?



Tiada siapa pun berhak bercakap mengenai Hudud kecuali benar2 berilmu dan tidak mempunyai niat lain selain untuk kebaikan Agama Islam.jika kita lihat sekarang ramai mengatakan isu Hudud ni tapi tidak benar2 berilmu untuk membicarakannya oleh itu jgnlah kita campur urusan orang yang lebih arif dan jgn cakap pandai tapi isinya kosong belaka.

Meskipunmemberi pandangan dan pendapat adalah kebebasan individu,namunbercakap mengenai benda yang  kita tidak mempunyai ilmu tentangnya,lebih2 lagi tentang sesuatu yang disyariatkan ALLAH S.W.T ,tidak termasuk pada skop kebebasan sebenar.

Tidak mungkin dan mustahil seseorang manusia itu dapat mengetahui semua perkara sehinggakan dia boleh bercakap mengenai segala-galanya lagi pun AL-QURAN telah menjelaskan bahawa ALLAH S.W.T telah mengurnikan sedikit sahaja ilmunya kepada manusia
FIRMAN ALLAH S.W.T-
MEREKA BERTANYA KEPADA ENGKAU TENTANG ROH;
KATAKANLAH;ROH ITU DARIPADA URUSAN TUHANKU,KAMU TIDAK DIBERIKAN ILMU PENGETAHUAN MELAINKAN SEDIKIT SAHAJA''
(SURAH AL-ISRAK,AYAT85)
Kita tidak boleh mempertikaikan hukum Allah, tetapi kita boleh mempertikaikan cara perlaksanaan dan pentafsiran hukum berkenaan oleh manusia. Ini seperti kita tidak boleh mempertikaikan syariat haji, tetapi kita boleh mempertikaikan amalan haji individu tertentu jika ia tidak bertepatan.
Kita tidak boleh mempertikaikan sistem muamalat al-Quran dan Sunnah, tetapi kita boleh mempertikaikan bank, pajak gadai, syarikat, koperasi dan lain-lain yang menggunakan nama Islam dalam operasi mereka jika kita dapati ia tidak menepati semangat Islam yang sebenar.
Demikian kita tidak boleh mempertikaikan syariat hudud, tetapi kita boleh mempertikaikan perlaksanaan oleh pihak tertentu apabila kita dapati ia tidak memenuhi semangat keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasul-Nya.
Namun, tujuannya hendaklah untuk memelihara nama Islam agar tidak disalahgunakan atau disalahfahami.
Sukar
Sesuatu yang wajar diakui bahawa bukannya mudah untuk melaksanakan hudud di zaman kini, terutama di negara kita yang mempunyai persekitaran yang sangat berbeza dibanding hari-hari awal hudud dilaksanakan.
Dalam masyarakat seperti kita, melaksanakan hudud tanpa penelitian bagaikan memasang pintu istana untuk sebuah rumah buruk. Ia bukan menambahkan kecantikan, sebaliknya mungkin merobohkan rumah yang buruk itu dan merosakkan pintu yang cantik dan berharga itu.
Tokoh ilmuwan Muslim yang terkenal Dr Mohamed Salim el-Awa dalam bukunya Punishment in Islamic Law menyatakan bahawa dari penelitian beliau bahawa belum sempat dua kurun selepas kewafatan Nabi SAW hudud sudah tidak dilaksanakan dalam dunia Muslim.
Sejak zaman Abbasiyah lagi penekanan perlaksanaan hudud sudah tiada. Ini disebabkan kerangka masyarakat seperti mana waktu hudud dilaksana pada awal sudah lagi.
Dalam The Oxford Encyclopedia of the Islamic World, John L Esposito menyebut bahawa sekalipun hudud dijadikan undang-undang di beberapa negara tetapi tidak dilaksanakan, ini seperti di Libya dan Pakistan.
Sementara di Sudan dan Utara Nigeria hanya dilaksanakan beberap tahun selepas diperkenalkan, kemudian dihentikan. Pada zaman kini hanya Arab Saudi menjadi contoh dalam perlaksanaan hudud.
Ada pendapat menyebut bahawa penulisan para pengembara silam yang melawat pelbagai wilayah Islam tidak pernah melaporkan perlaksanaan hudud, ini seakan menunjukkan semacam ia terhenti. Sementara itu tokoh seperti Prof Tariq Ramadan dalam artikelnya “An International Call for Moratorium on Corporal Punishment” pula menyeru kepada moratorium (penangguhan) hudud disebabkan keadaan dunia yang berubah.
Demikian juga tokoh fikah yang terkenal as-Syeikh Mustafa al-Zarqa dalamFatawa Mustafa al-Zarq meminta agar hukuman rejam tidak dilaksanakan di zaman kini kerana itu akan menjadi fitnah kepada Islam.

Maka, mereka yang enggan menerima perlaksanaan hudud itu ada tiga golongan; pertama, mereka yang membenci hudud itu sendiri dan menganggapnya zalim dan buruk. Maka golongan ini rosak akidahnya.
Kedua, mereka yang tidak menolak hudud tetapi menolak tafsiran perincian hudud yang dibuat oleh pihak tertentu. Ini kerana nas-nas hudud dalam al-Quran dan hadis umum, perinciannya adalah ijtihad ataupun tafsiran para pengkaji.
Sebagai contoh, Prof Dr Hashim Kamali seorang sarjana Muslim yang terkenal telah menulis mengkritik enakmen hudud Kelantan dan Terengganu. Sesiapa yang berminat boleh membaca tulisan beliau ‘Hukuman Dalam Undang-Undang Islam: Suatu Penelitian Terhadap Hukum Hudud Kelantan dan Terengganu”.
Golongan ini tidak boleh dianggap mengkritik Islam sebaliknya mengkritik tafsiran pihak tertentu tentang hudud. Golongan ketiga, mereka tidak menolak hudud tetapi menyatakan keadaan hari ini ataupun masyarakat yang sedang ada tidak kondusif untuk dilaksanakan hudud.
Dalam erti kata lain, persekitaran yang membolehkan hudud itu berfungsi dengan adil tidak wujud. Maka hudud mestilah ditangguhkan sehingga suasana yang sesuai itu muncul. Ini seperti kita menyatakan haji itu wajib tetapi oleh kerana kewangan tidak cukup, ataupun perjalanan tidak aman, maka hendaklah ditangguhkan.
Jika hudud dilaksanakan juga ia tidak akan mencapai tujuan yang Allah kehendaki. Golongan ketiga tidak menolak hudud tetapi menyatakan bahawa dari segi maqasidnya ia tidak wajar dilaksanakan pada waktu ini sebelum suasana yang kondusif muncul.
Tujuan kenegaraan
Hakikatnya tujuan kenegaraan dalam Islam bukanlah untuk hudud. Tujuan kenegaraan lebih luas dari itu. Pemerintah menegak social justice ataupun keadilan masyarakat dalam segala aspek. Hudud hanyalah mekanisme dalam mengatasi jenayah tertentu. 

Bahkan perkataan ‘hudud Allah’ dalam al-Quran tidaklah merujuk kepada undang-undang jenayah sebaliknya dalam Surah al-Baqarah ayat 187 merujuk kepada hukum-hakam puasa, Surah al-Baqarah ayat 229-230 merujuk kepada hukum-hakam talak, Surah an-Nisa ayat 13 tentang harta pusaka, Surah al-Mujadilah ayat 4 tentang hukum zihar, Surah at-Talaq ayat 1 tentang edah talak.
Ertinya perkataan hudud dalam al-Quran secara peraturan Allah bukan hanya tertumpu kepada hukum jenayah sahaja.
Menjadikan politik tertumpu kepada hudud bukan satu kebijaksanaan. Tidak dari segi maqasid agama, tidak juga dari segi kepentingan politik. Tujuan politik jauh lebih luas dari hanya membincang cara memotong tangan pencuri.
Sebelum pencuri dipotong tangan, politik sepatutnya membincang bagaimana memastikan tiada alasan untuk sesiapa pun mencuri disebabkan keadilan dan kebajikan negara. Hendak dipastikan semua warga sama di hadapan undang-undang.
Tidak boleh ada pihak yang boleh bermaharajalela yang jika mereka didakwa, yang membawa kes pula akan dikenakan di bawah akta hasutan.
Jangan sampai rakyat yang mencuri di pasar raya dipotong tangan, tapi pembesar yang mencuri hutan balak negara dibiarkan.
Akhirnya, saya ingin memetik apa yang al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H) tentang politik dan keadilan dalam al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Shar’iyyah:
“Berkata al-Shafi’i: Tiada siasah (politik) melainkan apa yang menepati syarak. Kata Ibn ‘Aqil: Siasah itu yang merupakan tindakan yang mana dengannya manusia lebih dekat kepada kebaikan dan jauh dari kerosakan, sekalipun ia tidak ditetapkan oleh Rasul dan diturunkan wahyu mengenainya.
“Jika engkau maksudkan dengan perkataanmu ‘Tiada siasah melainkan apa yang menepati syarak’ iaitu tidak menyanggahi apa yang syarak sebut, maka itu betul. Jika engkau maksudkan tiada siasah melainkan apa yang syarak sebut maka itu salah. Itu juga menyalahkan para sahabah.
“Apabila zahirnya tanda-tanda keadilan dan wajahnya memancar sinar dalam apa jalan sekalipun maka di situlah syariat Allah dan agama-Nya. Allah SWT lebih mengetahui, lebih bijaksana dan lebih adil untuk hanya membataskan jalan-jalan keadilan dan tanda-tanda serta alamat-alamatnya dengan sesuatu kemudian menafikan apa yang lebih jelas daripada itu, lebih kuat dalilnya, lebih nyata tandanya, lalu dia tidak menerima dan menilai kewujudannya dan menegakkan tuntutannya.
“Bahkan Allah SWT telah menjelaskan bahawa apa yang Dia syariatkan mengenai jalan-jalan (hukum agama) tujuannya untuk menegakkan keadilan dalam kalangan hamba-hamba-Nya dan membolehkan manusia menegakkan keadilan. Apa-apa saja jalan yang dapat menghasilkan keadilan dan kesaksamaan maka itu dari agama ini, dan ia tidak menyanggahinya.
Tidak mungkin untuk dikatakan bahawa siasah yang adil itu menyanggahi apa yang ungkapkan oleh syarak, sebaliknya ia menepatinya. Bahkan siasah yang adil itu satu juzuk dari syarak.
“Kita menamakannya siasah mengikut istilah mereka padahal sebenarnya ia adalah keadilan Allah dan rasul-Nya yang zahir menerusi tanda-tanda dan bukti-bukti tersebut.”
ULASAN Isu hudud dalam negara kita sering kali dipolitikkan atas pelbagai kepentingan. Umno dalam rekodnya tidak bersetuju cadangan hudud yang PAS bawa.
Ketidaksetujuan itu boleh ditafsirkan atas pelbagai alasan; ada yang munasabah dan ada yang tidak munasabah. Hari ini nampaknya Umno macam mula berubah.
PAS sejak dahulu menyebut tentang perlaksanaan hudud sehingga kelihatan pada mata umum PAS dan hudud bagaikan isi dan kulit. Seolah-olah matlamat utama kenegaraan PAS ialah menegakkan hudud.
Ini agak menarik, di kala kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia tidak lagi memperkatakan tentang undang-undang jenayah hudud, PAS masih.
Gerakan-gerakan Islam yang mendapat kerajaan di Mesir, HAMAS di Palestin, di Libya dan Tunisia meninggalkan tajuk hudud buat masa ini, tetapi PAS terus dengan slogannya

Rabu, 25 Julai 2012

KEGANASAN BERSIH3.0 BAKAL BERULANG MENURUT MAT SABU DI HARAKAH DAILY



KUALA LUMPUR: Lebih banyak demonstrasi mungkin diadakan sehinggalah rakyat Selangor diselamatkan dari perjanjian konsesi air yang menindas mereka, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. 

Mohamad tidak menolak berlaku perhimpunan raksasa seperti perhimpunan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil seperti yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).- Harakahdaily

PAS TIDAK SEPATUTNYA MENJUAL NAMA AGAMA



Adakah dalam kitab2 Islam yang mengatakan apabila kita masuk Pas dijanjikan syurga.. mana ada jika bekerjasama dgn bukan Islam itu kafir.. mana ada kalau tak buat hudud ala Pas UMNO munafik.. itu semua berpunca drpd pemimpin2 Pas sejak amanat hadi disetiap ceramah2 politik Pas.. oleh itu respon pihak UMNO mestilah mempertahankan kedudukan sebab sejak dulu lagi UMNO melalui pemimpin2 terdahulu telah berbincang dgn ulama'2 Islam di Malaysia dan ulama' satu dunia dlm membentuk pemerintahan di Malaysia.. beri lesen arak atau judi bukan bermakna UMNO kafir kerana itu adalah keadilan kepada bukan Islam.. dan kerajaan UMNO dan BN tidak membenarkan samasekali penglibatan umat Islam diMalaysia utk terlibat dgn perjudian atau minum arak.. siapa yg tertangkap akan dihukum.. dan siapa yg tidak ditangkap, Allah akan hukum.. itu haq yg jelas dlm Islam.. kerajaan UMNO tidak mengamalkan dasar undang2 Islam yg keras 100% bukan bermakna UMNO membela kemaksiatan.. cuma kerajaan yg saya lihat lebih gemar memberi peluang utk pesalah utk kembali ke landasan sebenar melalui khidmat2 nasihat drpd jabatan agama Islam negeri atau Pusat.. cuma dgn halusnya Pas telah menghasut ramai kakitangan jabatan agama Islam utk tidak menjalankan tugas sebenar tapi lebih tumpu kepada urusan yg bukan utama.. soal agama Islam tertakluk kepada Raja2 Melayu yg mendapat rujukan drpd ulama'2 yg diiktiraf cuma Pas hendak merebut kuasa ulama'2 yg diikitraf dengan mengecam dan menghina ulama'2 yg diitiraf.. kalau ramai sgt org nak berebut tugas ulama'2, jadi kumpulan mana yg harus dijadikan panduan oleh umat Islam di Malaysia.. itu sebab UMNO terpaksa mempertahankan maruah ahli2 UMNO yg dicemuh dan dihina oleh Pas.. jika Pas tidak mula mengkafirkan UMNO, maruah Islam tidak tercalar.. kerana apabila sesama Islam mengkafirkan sesama sendiri, secara langsung bangsa lain akan lihat kedudukan Islam itu tidak lagi suci.. UMNO marah kerana Pas menggunakan Islam utk menang politik,. walhal politik adalah soal cabang dalam Islam.. dan sebagai umat Islam yg berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah, kesucian Islam wajib dipelihara oleh semua pihak tak kira Pas atau UMNO atau Pkr.. dalam masjid byk bukti Pas menggunakan mimbar utk menghina UMNO tapi atas dasar menjaga kesucian agama Islam, UMNO tidak pulak menggunakan masjid walaupun UMNO mampu dan UMNOlah yg membangunkan 6400 masjid di seluruh negara termasuk surau2.. tapi kerana Islam tidak benarkan masjid dipolitikkan maka UMNO terpaksa bertahan dan hanya melihat Pas dgn sewenang2nya menggunakan masjid utk politik.. sedangkan itu rumah Allah.. rumah Allah adalah tempat dimana kita solat jemaah dan mengAgungkan Yang Esa bukannya tempat mencaci dan menghina umat Islam lain.. sesat atau kafir atau kufur atau munafik itu urusan Allah s.w.t, siapa kita nak lawan ketentuan Allah s.w.t.. sebagai umat Islam kita sebenar mempunyai sifat ehsan dan saling nasihat-menasihati dan dengan adab yg ditinggalkan Rasulullah s.a.w.. berperang sesama Islam pun dah dikira salah dan haram di sisi Islam tapi kenapa amanat hadi menggunakan jihad berperang sesama Islam.. tak salah ke tu.. sehingga berlaku peristiwa hitam di Memali dan sehingga yg terbaru rusuhan bersih 3.0.. majoriti yg hadir rusuhan itu umat Islam dan apabila bangsa lain lihat dalam seperti umat Islam lebih suka selesaikan dgn cara pengganas dan bukan memilih jalan yg lebih beradab dgn menggunakan pilihanraya sebagai cara memilih kerajaan.. jgn dgr ckp ambiga yg laknat tu.. sistem pilihanraya kita masih selamat, kalau tak mcm mana Kelantan sejak lebih 20 tahun dikuasai Pas.. kalau UMNO menzalimi sistem pilihanraya, mesti UMNO gunakan cara zalim itu utk menang Kelantan tapi kenapa Pas masih menguasai Kelantan.. termasuklah Kedah, Penang, Selangor dan Perak.. cuma diPerak kerajaan Nizar Pas itu telah memberi geran tanah kepada bukan Islam selama 999 tahun, dengan kesedaran itulah 4 ketua bahagian telah sedar dan keluar pakatan kerana pakatan rakyat diterajui Pas Perak telah melanggar Perlembagaan Negara dimana Tanah Melayu ini hanya boleh milik org Melayu walaupun 50% tanah negara diberi keistimewaan kepada bukan Melayu utk mereka majukan tapi bukan boleh menjadi hak mutlak bukan Melayu.. cuba kita lihat dalam negara2 bukan Islam yg lain, ada tak mereka bagi keistimewaan kepada rakyat minoriti seperti Malaysia.. tiada.. cuma masalahnya dlm byk2 parti bukan Melayu di Malaysia, Dap adalah barah dalam keharmonian dan kemakmuran Malaysia.. sejak drpd tekanan PAP utk menguasai Singapura melalui pilihanraya seterusnya kejadian 13hb Mei 1969 termasuklah isu2 Felda, Lynas, kuota penuntut UITM dan byk lagi isu dimana Dap pandai menggunakan org Melayu utk membuat umat Melayu saling berpecah-belah.. ini tidak berlaku dalam parti MCA. MIC, PPP, Gerakan dan lain dimana parti2 ini akur dgn perlembagaan negara.. walaupun bukan Islam menguasai ekonomi Malaysia namun parti2 sekutu BN tidak sama sekali akan melanggar perlembagaan negara tapi dalam Dap terang2 mereka melanggar dan mengikut laporan memang wujud kerjasama tersembunyi di antara Dap dan Pap (Singapura).. ini jelas.. mengapa Pas memilih Dap ??

Selasa, 24 Julai 2012

BAGAI MANAKAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA DICIPTA

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran).

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

Struktur Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama:

1. Yang Di-Pertuan Agong

2. Dewan Negara

3. Dewan Rakyat

Berikutan pilihan raya umum yang pertama selepas negara mencapai kemerdekaan, Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Pertama Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Pada tarikh tersebut, Dewan Negara dan Dewan Rakyat buat julung-julung kalinya bersidang serentak di Dewan Tunku Abdul Rahman. Aturan Urusan Mesyuarat yang pertama ialah pemilihan Yang Di-Pertua bagi kedua-dua Dewan tersebut. Ini diikuti oleh majlis mengangkat sumpah oleh kesemua 38 Ahli Dewan Negara dan 104 Ahli Dewan Rakyat.

Pada 16 September 1963, Malaysia telah terbentuk apabila Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi sebahagian daripadanya. Berikutan itu, nama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah bertukar kepada Parlimen Malaysia. Tarikh tersebut juga mencatat satu lagi sejarah penting apabila persidangan Parlimen diadakan di bangunan baharunya sendiri yang tersergam indah dalam kawasan Taman Tasik Perdana dengan keluasan 16.2 hektar.

Kini, keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 ahli bagi Dewan Negara dan 222 ahli bagi Dewan Rakyat. Parlimen Malaysia akan terus menjadi institusi yang dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia dan akan terus menjadi lambang demokrasi berparlimen negara untuk selama-lamanya.