Catatan Popular
-
Selama 22 tahun memerintah Pas telah gagal membina satu ketamadunan Islam seperti yang diwar-warkan mereka selama ini termasuklah di Ne...
-
LAHAD DATU: Seorang pengganas ditembak mati dalam Ops Daulat ketika pertempuran dengan anggota keselamatan di Kampung Tanjung Batu pada ja...
-
ASTAGHFIRULLAHAL AZIM...... Nik Aziz nik Mat (MB Kelantan)yang sering mengeluarkan kenyataan seolah-oleh membenci Sambutan Mauli...
-
Tiada siapa pun berhak bercakap mengenai Hudud kecuali benar2 berilmu dan tidak mempunyai niat lain selain untuk kebaikan Agama Islam....
-
Adakah dalam kitab2 Islam yang mengatakan apabila kita masuk Pas dijanjikan syurga.. mana ada jika bekerjasama dgn bukan Islam itu kafir....
-
SABDA NABI SAW YANG BERMAKSUD : "HENDAKLAH KAMU BERTAQWA KEPADA ALLAH,JIKA ADA SESEORANG MEMALUKAN ENGKAU DGN SESUATU YANG MEMAN...
-
KUALA LUMPUR: Lebih banyak demonstrasi mungkin diadakan sehinggalah rakyat Selangor diselamatkan dari perjanjian konsesi air yang meninda...
-
Seperti yang saya tuliskan semalam, hari ini saya kembali dengan kisah penipuan Dinasti Lim dalam DAP. Mulai hari ini saya akan kongsik...
-
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Ago...
-
Iblis menjawab, demi kekuasaan Engkau, aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka." (Sh...
Isnin, 15 Oktober 2012
Khamis, 6 September 2012
JANGAN BERBICARA TENTANG HUDUD ?
Tiada siapa pun berhak bercakap mengenai Hudud kecuali benar2 berilmu dan tidak mempunyai niat lain selain untuk kebaikan Agama Islam.jika kita lihat sekarang ramai mengatakan isu Hudud ni tapi tidak benar2 berilmu untuk membicarakannya oleh itu jgnlah kita campur urusan orang yang lebih arif dan jgn cakap pandai tapi isinya kosong belaka.
Meskipunmemberi pandangan dan pendapat adalah kebebasan individu,namunbercakap mengenai benda yang kita tidak mempunyai ilmu tentangnya,lebih2 lagi tentang sesuatu yang disyariatkan ALLAH S.W.T ,tidak termasuk pada skop kebebasan sebenar.
Tidak mungkin dan mustahil seseorang manusia itu dapat mengetahui semua perkara sehinggakan dia boleh bercakap mengenai segala-galanya lagi pun AL-QURAN telah menjelaskan bahawa ALLAH S.W.T telah mengurnikan sedikit sahaja ilmunya kepada manusia
FIRMAN ALLAH S.W.T-
MEREKA BERTANYA KEPADA ENGKAU TENTANG ROH;
KATAKANLAH;ROH ITU DARIPADA URUSAN TUHANKU,KAMU TIDAK DIBERIKAN ILMU PENGETAHUAN MELAINKAN SEDIKIT SAHAJA''
(SURAH AL-ISRAK,AYAT85)
MEREKA BERTANYA KEPADA ENGKAU TENTANG ROH;
KATAKANLAH;ROH ITU DARIPADA URUSAN TUHANKU,KAMU TIDAK DIBERIKAN ILMU PENGETAHUAN MELAINKAN SEDIKIT SAHAJA''
(SURAH AL-ISRAK,AYAT85)
Kita tidak boleh mempertikaikan hukum Allah, tetapi kita boleh mempertikaikan cara perlaksanaan dan pentafsiran hukum berkenaan oleh manusia. Ini seperti kita tidak boleh mempertikaikan syariat haji, tetapi kita boleh mempertikaikan amalan haji individu tertentu jika ia tidak bertepatan.
Kita tidak boleh mempertikaikan sistem muamalat al-Quran dan Sunnah, tetapi kita boleh mempertikaikan bank, pajak gadai, syarikat, koperasi dan lain-lain yang menggunakan nama Islam dalam operasi mereka jika kita dapati ia tidak menepati semangat Islam yang sebenar.
Demikian kita tidak boleh mempertikaikan syariat hudud, tetapi kita boleh mempertikaikan perlaksanaan oleh pihak tertentu apabila kita dapati ia tidak memenuhi semangat keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasul-Nya.
Namun, tujuannya hendaklah untuk memelihara nama Islam agar tidak disalahgunakan atau disalahfahami.
Sukar
Sesuatu yang wajar diakui bahawa bukannya mudah untuk melaksanakan hudud di zaman kini, terutama di negara kita yang mempunyai persekitaran yang sangat berbeza dibanding hari-hari awal hudud dilaksanakan.
Dalam masyarakat seperti kita, melaksanakan hudud tanpa penelitian bagaikan memasang pintu istana untuk sebuah rumah buruk. Ia bukan menambahkan kecantikan, sebaliknya mungkin merobohkan rumah yang buruk itu dan merosakkan pintu yang cantik dan berharga itu.
Tokoh ilmuwan Muslim yang terkenal Dr Mohamed Salim el-Awa dalam bukunya Punishment in Islamic Law menyatakan bahawa dari penelitian beliau bahawa belum sempat dua kurun selepas kewafatan Nabi SAW hudud sudah tidak dilaksanakan dalam dunia Muslim.
Sejak zaman Abbasiyah lagi penekanan perlaksanaan hudud sudah tiada. Ini disebabkan kerangka masyarakat seperti mana waktu hudud dilaksana pada awal sudah lagi.
Dalam The Oxford Encyclopedia of the Islamic World, John L Esposito menyebut bahawa sekalipun hudud dijadikan undang-undang di beberapa negara tetapi tidak dilaksanakan, ini seperti di Libya dan Pakistan.
Sementara di Sudan dan Utara Nigeria hanya dilaksanakan beberap tahun selepas diperkenalkan, kemudian dihentikan. Pada zaman kini hanya Arab Saudi menjadi contoh dalam perlaksanaan hudud.
Ada pendapat menyebut bahawa penulisan para pengembara silam yang melawat pelbagai wilayah Islam tidak pernah melaporkan perlaksanaan hudud, ini seakan menunjukkan semacam ia terhenti. Sementara itu tokoh seperti Prof Tariq Ramadan dalam artikelnya “An International Call for Moratorium on Corporal Punishment” pula menyeru kepada moratorium (penangguhan) hudud disebabkan keadaan dunia yang berubah.
Demikian juga tokoh fikah yang terkenal as-Syeikh Mustafa al-Zarqa dalamFatawa Mustafa al-Zarq meminta agar hukuman rejam tidak dilaksanakan di zaman kini kerana itu akan menjadi fitnah kepada Islam.
Maka, mereka yang enggan menerima perlaksanaan hudud itu ada tiga golongan; pertama, mereka yang membenci hudud itu sendiri dan menganggapnya zalim dan buruk. Maka golongan ini rosak akidahnya.
Kedua, mereka yang tidak menolak hudud tetapi menolak tafsiran perincian hudud yang dibuat oleh pihak tertentu. Ini kerana nas-nas hudud dalam al-Quran dan hadis umum, perinciannya adalah ijtihad ataupun tafsiran para pengkaji.
Sebagai contoh, Prof Dr Hashim Kamali seorang sarjana Muslim yang terkenal telah menulis mengkritik enakmen hudud Kelantan dan Terengganu. Sesiapa yang berminat boleh membaca tulisan beliau ‘Hukuman Dalam Undang-Undang Islam: Suatu Penelitian Terhadap Hukum Hudud Kelantan dan Terengganu”.
Golongan ini tidak boleh dianggap mengkritik Islam sebaliknya mengkritik tafsiran pihak tertentu tentang hudud. Golongan ketiga, mereka tidak menolak hudud tetapi menyatakan keadaan hari ini ataupun masyarakat yang sedang ada tidak kondusif untuk dilaksanakan hudud.
Dalam erti kata lain, persekitaran yang membolehkan hudud itu berfungsi dengan adil tidak wujud. Maka hudud mestilah ditangguhkan sehingga suasana yang sesuai itu muncul. Ini seperti kita menyatakan haji itu wajib tetapi oleh kerana kewangan tidak cukup, ataupun perjalanan tidak aman, maka hendaklah ditangguhkan.
Jika hudud dilaksanakan juga ia tidak akan mencapai tujuan yang Allah kehendaki. Golongan ketiga tidak menolak hudud tetapi menyatakan bahawa dari segi maqasidnya ia tidak wajar dilaksanakan pada waktu ini sebelum suasana yang kondusif muncul.
Tujuan kenegaraan
Hakikatnya tujuan kenegaraan dalam Islam bukanlah untuk hudud. Tujuan kenegaraan lebih luas dari itu. Pemerintah menegak social justice ataupun keadilan masyarakat dalam segala aspek. Hudud hanyalah mekanisme dalam mengatasi jenayah tertentu.
Bahkan perkataan ‘hudud Allah’ dalam al-Quran tidaklah merujuk kepada undang-undang jenayah sebaliknya dalam Surah al-Baqarah ayat 187 merujuk kepada hukum-hakam puasa, Surah al-Baqarah ayat 229-230 merujuk kepada hukum-hakam talak, Surah an-Nisa ayat 13 tentang harta pusaka, Surah al-Mujadilah ayat 4 tentang hukum zihar, Surah at-Talaq ayat 1 tentang edah talak.

Ertinya perkataan hudud dalam al-Quran secara peraturan Allah bukan hanya tertumpu kepada hukum jenayah sahaja.
Menjadikan politik tertumpu kepada hudud bukan satu kebijaksanaan. Tidak dari segi maqasid agama, tidak juga dari segi kepentingan politik. Tujuan politik jauh lebih luas dari hanya membincang cara memotong tangan pencuri.
Sebelum pencuri dipotong tangan, politik sepatutnya membincang bagaimana memastikan tiada alasan untuk sesiapa pun mencuri disebabkan keadilan dan kebajikan negara. Hendak dipastikan semua warga sama di hadapan undang-undang.
Tidak boleh ada pihak yang boleh bermaharajalela yang jika mereka didakwa, yang membawa kes pula akan dikenakan di bawah akta hasutan.
Jangan sampai rakyat yang mencuri di pasar raya dipotong tangan, tapi pembesar yang mencuri hutan balak negara dibiarkan.
Akhirnya, saya ingin memetik apa yang al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H) tentang politik dan keadilan dalam al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Shar’iyyah:
“Berkata al-Shafi’i: Tiada siasah (politik) melainkan apa yang menepati syarak. Kata Ibn ‘Aqil: Siasah itu yang merupakan tindakan yang mana dengannya manusia lebih dekat kepada kebaikan dan jauh dari kerosakan, sekalipun ia tidak ditetapkan oleh Rasul dan diturunkan wahyu mengenainya.
“Jika engkau maksudkan dengan perkataanmu ‘Tiada siasah melainkan apa yang menepati syarak’ iaitu tidak menyanggahi apa yang syarak sebut, maka itu betul. Jika engkau maksudkan tiada siasah melainkan apa yang syarak sebut maka itu salah. Itu juga menyalahkan para sahabah.
“Apabila zahirnya tanda-tanda keadilan dan wajahnya memancar sinar dalam apa jalan sekalipun maka di situlah syariat Allah dan agama-Nya. Allah SWT lebih mengetahui, lebih bijaksana dan lebih adil untuk hanya membataskan jalan-jalan keadilan dan tanda-tanda serta alamat-alamatnya dengan sesuatu kemudian menafikan apa yang lebih jelas daripada itu, lebih kuat dalilnya, lebih nyata tandanya, lalu dia tidak menerima dan menilai kewujudannya dan menegakkan tuntutannya.
“Bahkan Allah SWT telah menjelaskan bahawa apa yang Dia syariatkan mengenai jalan-jalan (hukum agama) tujuannya untuk menegakkan keadilan dalam kalangan hamba-hamba-Nya dan membolehkan manusia menegakkan keadilan. Apa-apa saja jalan yang dapat menghasilkan keadilan dan kesaksamaan maka itu dari agama ini, dan ia tidak menyanggahinya.
Tidak mungkin untuk dikatakan bahawa siasah yang adil itu menyanggahi apa yang ungkapkan oleh syarak, sebaliknya ia menepatinya. Bahkan siasah yang adil itu satu juzuk dari syarak.
“Kita menamakannya siasah mengikut istilah mereka padahal sebenarnya ia adalah keadilan Allah dan rasul-Nya yang zahir menerusi tanda-tanda dan bukti-bukti tersebut.”
ULASAN Isu hudud dalam negara kita sering kali dipolitikkan atas pelbagai kepentingan. Umno dalam rekodnya tidak bersetuju cadangan hudud yang PAS bawa.
Ketidaksetujuan itu boleh ditafsirkan atas pelbagai alasan; ada yang munasabah dan ada yang tidak munasabah. Hari ini nampaknya Umno macam mula berubah.
PAS sejak dahulu menyebut tentang perlaksanaan hudud sehingga kelihatan pada mata umum PAS dan hudud bagaikan isi dan kulit. Seolah-olah matlamat utama kenegaraan PAS ialah menegakkan hudud.
Ini agak menarik, di kala kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia tidak lagi memperkatakan tentang undang-undang jenayah hudud, PAS masih.
Gerakan-gerakan Islam yang mendapat kerajaan di Mesir, HAMAS di Palestin, di Libya dan Tunisia meninggalkan tajuk hudud buat masa ini, tetapi PAS terus dengan slogannya
Rabu, 25 Julai 2012
KEGANASAN BERSIH3.0 BAKAL BERULANG MENURUT MAT SABU DI HARAKAH DAILY
KUALA LUMPUR: Lebih banyak demonstrasi mungkin diadakan sehinggalah rakyat Selangor diselamatkan dari perjanjian konsesi air yang menindas mereka, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Mohamad tidak menolak berlaku perhimpunan raksasa seperti perhimpunan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil seperti yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).- Harakahdaily
PAS TIDAK SEPATUTNYA MENJUAL NAMA AGAMA
Adakah dalam kitab2 Islam yang mengatakan apabila kita masuk Pas dijanjikan syurga.. mana ada jika bekerjasama dgn bukan Islam itu kafir.. mana ada kalau tak buat hudud ala Pas UMNO munafik.. itu semua berpunca drpd pemimpin2 Pas sejak amanat hadi disetiap ceramah2 politik Pas.. oleh itu respon pihak UMNO mestilah mempertahankan kedudukan sebab sejak dulu lagi UMNO melalui pemimpin2 terdahulu telah berbincang dgn ulama'2 Islam di Malaysia dan ulama' satu dunia dlm membentuk pemerintahan di Malaysia.. beri lesen arak atau judi bukan bermakna UMNO kafir kerana itu adalah keadilan kepada bukan Islam.. dan kerajaan UMNO dan BN tidak membenarkan samasekali penglibatan umat Islam diMalaysia utk terlibat dgn perjudian atau minum arak.. siapa yg tertangkap akan dihukum.. dan siapa yg tidak ditangkap, Allah akan hukum.. itu haq yg jelas dlm Islam.. kerajaan UMNO tidak mengamalkan dasar undang2 Islam yg keras 100% bukan bermakna UMNO membela kemaksiatan.. cuma kerajaan yg saya lihat lebih gemar memberi peluang utk pesalah utk kembali ke landasan sebenar melalui khidmat2 nasihat drpd jabatan agama Islam negeri atau Pusat.. cuma dgn halusnya Pas telah menghasut ramai kakitangan jabatan agama Islam utk tidak menjalankan tugas sebenar tapi lebih tumpu kepada urusan yg bukan utama.. soal agama Islam tertakluk kepada Raja2 Melayu yg mendapat rujukan drpd ulama'2 yg diiktiraf cuma Pas hendak merebut kuasa ulama'2 yg diikitraf dengan mengecam dan menghina ulama'2 yg diitiraf.. kalau ramai sgt org nak berebut tugas ulama'2, jadi kumpulan mana yg harus dijadikan panduan oleh umat Islam di Malaysia.. itu sebab UMNO terpaksa mempertahankan maruah ahli2 UMNO yg dicemuh dan dihina oleh Pas.. jika Pas tidak mula mengkafirkan UMNO, maruah Islam tidak tercalar.. kerana apabila sesama Islam mengkafirkan sesama sendiri, secara langsung bangsa lain akan lihat kedudukan Islam itu tidak lagi suci.. UMNO marah kerana Pas menggunakan Islam utk menang politik,. walhal politik adalah soal cabang dalam Islam.. dan sebagai umat Islam yg berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah, kesucian Islam wajib dipelihara oleh semua pihak tak kira Pas atau UMNO atau Pkr.. dalam masjid byk bukti Pas menggunakan mimbar utk menghina UMNO tapi atas dasar menjaga kesucian agama Islam, UMNO tidak pulak menggunakan masjid walaupun UMNO mampu dan UMNOlah yg membangunkan 6400 masjid di seluruh negara termasuk surau2.. tapi kerana Islam tidak benarkan masjid dipolitikkan maka UMNO terpaksa bertahan dan hanya melihat Pas dgn sewenang2nya menggunakan masjid utk politik.. sedangkan itu rumah Allah.. rumah Allah adalah tempat dimana kita solat jemaah dan mengAgungkan Yang Esa bukannya tempat mencaci dan menghina umat Islam lain.. sesat atau kafir atau kufur atau munafik itu urusan Allah s.w.t, siapa kita nak lawan ketentuan Allah s.w.t.. sebagai umat Islam kita sebenar mempunyai sifat ehsan dan saling nasihat-menasihati dan dengan adab yg ditinggalkan Rasulullah s.a.w.. berperang sesama Islam pun dah dikira salah dan haram di sisi Islam tapi kenapa amanat hadi menggunakan jihad berperang sesama Islam.. tak salah ke tu.. sehingga berlaku peristiwa hitam di Memali dan sehingga yg terbaru rusuhan bersih 3.0.. majoriti yg hadir rusuhan itu umat Islam dan apabila bangsa lain lihat dalam seperti umat Islam lebih suka selesaikan dgn cara pengganas dan bukan memilih jalan yg lebih beradab dgn menggunakan pilihanraya sebagai cara memilih kerajaan.. jgn dgr ckp ambiga yg laknat tu.. sistem pilihanraya kita masih selamat, kalau tak mcm mana Kelantan sejak lebih 20 tahun dikuasai Pas.. kalau UMNO menzalimi sistem pilihanraya, mesti UMNO gunakan cara zalim itu utk menang Kelantan tapi kenapa Pas masih menguasai Kelantan.. termasuklah Kedah, Penang, Selangor dan Perak.. cuma diPerak kerajaan Nizar Pas itu telah memberi geran tanah kepada bukan Islam selama 999 tahun, dengan kesedaran itulah 4 ketua bahagian telah sedar dan keluar pakatan kerana pakatan rakyat diterajui Pas Perak telah melanggar Perlembagaan Negara dimana Tanah Melayu ini hanya boleh milik org Melayu walaupun 50% tanah negara diberi keistimewaan kepada bukan Melayu utk mereka majukan tapi bukan boleh menjadi hak mutlak bukan Melayu.. cuba kita lihat dalam negara2 bukan Islam yg lain, ada tak mereka bagi keistimewaan kepada rakyat minoriti seperti Malaysia.. tiada.. cuma masalahnya dlm byk2 parti bukan Melayu di Malaysia, Dap adalah barah dalam keharmonian dan kemakmuran Malaysia.. sejak drpd tekanan PAP utk menguasai Singapura melalui pilihanraya seterusnya kejadian 13hb Mei 1969 termasuklah isu2 Felda, Lynas, kuota penuntut UITM dan byk lagi isu dimana Dap pandai menggunakan org Melayu utk membuat umat Melayu saling berpecah-belah.. ini tidak berlaku dalam parti MCA. MIC, PPP, Gerakan dan lain dimana parti2 ini akur dgn perlembagaan negara.. walaupun bukan Islam menguasai ekonomi Malaysia namun parti2 sekutu BN tidak sama sekali akan melanggar perlembagaan negara tapi dalam Dap terang2 mereka melanggar dan mengikut laporan memang wujud kerjasama tersembunyi di antara Dap dan Pap (Singapura).. ini jelas.. mengapa Pas memilih Dap ??
Selasa, 24 Julai 2012
BAGAI MANAKAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA DICIPTA
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran).
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
Struktur Parlimen Malaysia
Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama:
1. Yang Di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat
Berikutan pilihan raya umum yang pertama selepas negara mencapai kemerdekaan, Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Pertama Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Pada tarikh tersebut, Dewan Negara dan Dewan Rakyat buat julung-julung kalinya bersidang serentak di Dewan Tunku Abdul Rahman. Aturan Urusan Mesyuarat yang pertama ialah pemilihan Yang Di-Pertua bagi kedua-dua Dewan tersebut. Ini diikuti oleh majlis mengangkat sumpah oleh kesemua 38 Ahli Dewan Negara dan 104 Ahli Dewan Rakyat.
Pada 16 September 1963, Malaysia telah terbentuk apabila Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi sebahagian daripadanya. Berikutan itu, nama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah bertukar kepada Parlimen Malaysia. Tarikh tersebut juga mencatat satu lagi sejarah penting apabila persidangan Parlimen diadakan di bangunan baharunya sendiri yang tersergam indah dalam kawasan Taman Tasik Perdana dengan keluasan 16.2 hektar.
Kini, keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 ahli bagi Dewan Negara dan 222 ahli bagi Dewan Rakyat. Parlimen Malaysia akan terus menjadi institusi yang dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia dan akan terus menjadi lambang demokrasi berparlimen negara untuk selama-lamanya.

MEMBENCI SAMBUTAN MAULIDURRASUL AMALAN YG WAJIH KITA TENTRNG
ASTAGHFIRULLAHAL AZIM......Nik Aziz nik Mat (MB Kelantan)yang sering mengeluarkan kenyataan seolah-oleh membenci Sambutan Maulidurrasul.Nik Aziz juga menyampaikan kuliahnya dengan mengatakan "istiwa" itu bererti Allah itu duduk selendik di Arasy.Selain itu Nik Aziz juga beraqidah bahawa Pengajian Sifat 20 adalah campuran dari fahaman Yunan & Greek dan bukannya dari Islam 100 peratus.Begitu juga dengan kenyataan dari Nik Aziz yang dipetik dari akhbar Harakah yang menganggap amalan bertahlil adalah meniru perbuatan golongan jahiliyyah.Selain itu Nik Aziz juga menganggap kelahiran Nabi Muhammad s.a.w adalah sama dan tidak ada bezanya dengan kelahiran kanak-kanak yang lain, tiada keistimewaannya.Selain Nik Aziz Nik Mat, Hadi Awang juga bersifat pelampau dengan mengeluarkan "Amanat Hj Hadi" yang mengkafirkan mereka yang tidak mengikut fahaman parti mereka.Hadi Awang juga mengeluarkan kenyataan bahawa umat Islam tidak dituntut untuk menyambut Maulidurrasul kerana tiada dalil atau keterangan hadis untuk berbuat demikian.Sungguh agak pahit untuk menyebut nama tokoh-tokoh ini tetapi demi kebenaran tanpa dipengaruhi oleh mana-mana fahaman politik, maka WAJIB bagi kita menyatakannya agar umat Islam tidak ditipu dengan ke'aliman mereka ini tetapi membawa fahaman yang cukup membahayakan umat Islam.
Nik Aziz bukanlah berkelulusan Ugama apabila beliau tamat belajar di Mesir. Kerana jika berkelulusan Ugama sudah pasti tamat sahaja Nik Aziz belajar maka jawatan yang beliau akan pegang didalam bidang tugasnya adalah Mufti ataupun yang sealiran dengannya dalam bab Ugama Islam.Kerana bukan dari kelayakkan nya dalam Ugama Islam lah Nik Aziz menjawat jawatan sebagai Pegawai KEMAS.
Itu merupakan satu fakta yang cukup jelas menjelaskan dimana Level nya Nik Aziz Nik Mat MB Kelantan ini. Beliau bukanlah Ulamak tetapi sama seperti pemain catur politik yang lain yang merebut kepentingan Kuasa, Harta dan Jawatan dalam pentas politik.
Nik Aziz sama seperti pemimpin parti politik lain sama ada UMNO, PKR ataupun mana mana parti sekalipun namun yang membezakan Nik Aziz ini adalah ilmu DOKTRIN yang ada pada beliau sehingga berjaya menggangkat beliau seperti Nabi yang suci murni lagi

Langgan:
Catatan (Atom)